Vardy & Cahill Bersara Bersama England, Beri Laluan Lebih Ramai Pemain Muda

Dua pemain antarabangsa England, Jamie Vardy dan Gary Cahill masing-masing mengumumkan persaraan daripada skuad England, untuk membenarkan Gareth Southgate membawa masuk lebih ramai muka baru.

Namun demikian, persaraan tersebut tidak bermakna kedua-dua pemain terus menutup pintu untuk bersama England di masa hadapan.

a(Photo by VI Images via Getty Images)

Penyerang Leicester, Vardy yang memiliki 26 caps antarabangsa pernah memberitahu Southgate mengenai perancangan ini ketika Piala Dunia di Rusia.

“Perkara ini sudah berada di dalam pemikiran saya agak lama,” ujar penyerang berusia 31 tahun itu ketika bercakap kepada The Guardian.

“Saya bukannya semakin muda, dan seperti yang anda lihat pengurus mahu menjadikan pasukan kebangsaan mempunyai purata usia yang muda. Ia jelas memberikan pulangan ketika Piala Dunia.”

(Photo by Quality Sport Images/Getty Images)

Vardy tampil pertama kali untuk England dalam perlawanan menentang Ireland pada Jun 2015, dan melakukan empat penampilan untuk England di Piala Dunia yang lalu.

Beliau juga memaklumkan kepada Southgate niat untuk tidak beraksi bersama England ialah untuk memberikan fokus kepada kelab dan juga keluarga.

“Gareth [Southgate] berpendapat saya masih boleh menyumbang untuk England, dan tidak akan menutup terus pintu pasukan kebangsaan untuk saya.

“Jika keadaan sangat teruk, dan semua pemain mengalami kecederaan, saya akan menyahut panggilan tersebut,” tambah Vardy yang merekodkan 7 gol di pentas antarabangsa.

Manakalah pemain pertahanan Chelsea, Cahill telah merekodkan 5 gol dari 61 penampilan untuk England sejak 2010.

Cahill yang kini berusia 32 tahun juga pernah menjadi kapten pasukan untuk beberapa perlawanan, namun hanya tampil dalam satu perlawanan peringkat kumpulan ketika di Rusia.

“Saya boleh melihat semakin ramai generasi baru pemain akan dayang, dan saya berpendapat ini adalah masa paling sesuai untuk mengundur diri,” ujar Cahill kepada Chelsea TV.

“Ia adalah satu penghormatan untuk menyarung jersi pasukan negara, dan saya juga tidak akan menutup terus pintu untuk beraksi bersama England sekiranya keadaan sangat memerlukan,” ujar beliau lagi.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN