Jika ada satu perkara yang sinonim dengan Kaka selain skil, teknik dan golnya, ia adalah kad merah beliau yang tak munasabah. Kaka sering diberi kad merah oleh pengadil atas sebab yang tak munasabah.
Semasa aksi kumpulan G Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, Kaka pernah diberi kad merah oleh pengadil Perancis, Stéphane Lannoy selepas didakwa ‘mengasari’ pemain Ivory Coast, Abdul-Kader Keita.
Sedangkan jika anda melihat rakaman video di bawah, jelas sekali pemain Ivory Coast tersebut menipu pengadil.
Insiden tersebut membuatkan media dan komuniti peminat bola sepak mendesak FIFA supaya melaksanakan sistem VAR untuk mengelak kejadian tersebut daripada berulang.
Tetapi meskipun VAR sudah dilaksanakan, Kaka seperti tak dapat mengelak badi kad merah yang tak munasabah.
Dalam aksi Major League Soccer antara Orlando City dengan New York Red Bulls kelmarin, Kaka sekali lagi menjadi menjadi mangsa pengadil apabila diberi kad merah atas alasan ‘berkelakuan ganas’ kepada pemain New York, Aurelien Collin.
Sedangkan jika anda melihat rakaman video di bawah, jelas sekali Kaka hanya cuma bergurau dengan Collin – rakan dan bekas rakan sepasukan Kaka di Orlando City sebelum berhijrah ke New York.
https://www.youtube.com/watch?v=Gu0RiKqZg1M
Collin turut tampil mempertahankan Kaka di depan pengadil dan di Twitter – dengan menulis ‘beliau hanya bergurau. Kami adalah kawan!!!!’
We see that he is joking we are brothers !!!!
— Aurelien COLLIN (@aureliencollin) August 13, 2017
Keputusan pengadil ini membuatkan ramai peminat bola sepak berasa hairan – walaupun dengan kehadiran VAR, pengadil masih boleh melakukan ‘kesilapan’ sebegitu. Sesiapa yang menyaksikan video di atas pasti mengetahui niat Kaka memegang kepala Collin adalah untuk bergurau.
This league is a joke if you continue to make these calls.
— Iron Lion Firm (@IronLionFirm) August 13, 2017
https://twitter.com/kevinglick2/status/896552041832689665
Peraturan bola sepak, Law of The Game mungkin melarang mana-mana pemain untuk memegang kepala pemain sebagaimana Kaka kepada Collin. Tetapi pada perspektif kami, mungkin pengadil perlu mentafsir peraturan tersebut mengikut situasi secara subjektif – bukannya secara objektif.
Classic sprit of the rule vs. letter of the rule. Any ban should be lifted on this one.
— LFC Boots (@lfcboots) August 13, 2017
Law of the game #18 – Common sense. Referees need to exercise it more often.
— Jeff Warren (@jwarren463) August 13, 2017
Sebagai rekod, Orlando City tewas 1-3 kepada New York Red Bulls dalam perlawanan ini. Kekalahan ini membuatkan Orlando terperosok di tangga ke-8 MLS Eastern Conference, 17 mata di belakang pendahulu Toronto FC. New York Red Bulls pula di tangga ke-4 liga.