Grafik VAR yang menunjukkan garisan tidak lurus yang disiarkan oleh badan penyiar, BT Sport ketika membatalkan gol Juan mata dalam pertandingan Piala FA Inggeris di antara Manchester United dan Huddersfield pada hujung minggu lalu, bukan sample yang digunakan untuk menentukan jaringan tersebut offsaid.
Demikianlah menurut Hakeye yang bertanggungjawab ke atas grafik VAR yang menjadi bahan jenaka di seluruh dunia.
Menurut Hawkeye, masalah teknikal yang dialami oleh pihak mereka menyebabkan grafik berkenaan diserahkan untuk kegunaan BT Sport dalam perlawanan tersebut.
Juan Mata menganggap keputusan VAR tersebut sangat diragui, tatkala pengurus Manchester United, Jose Mourinho turut menggesa penggunaan sistem VAR pada masa hadapan ditambah baik sepenuhnya.
Sistem VAR mulai diperkenalkan di dalam pertandingan Piala FA dan Piala Carabao di bola sepak Inggeris pada musim ini sebagai percubaan.
Langkah memperkenalkan VAR telah dipuji sebelum ini ketika membantu pengadil membatalkan jaringan Kelechi Iheanacho untuk Leicester, ketika menewaskan Fleetwood 2-0 di perlawanan ulangan pusingan ketiga Piala FA Januari lalu.
Kemudiannya, ia disifatkan sebagai sesuatu yang memalukan oleh bekas kapten England, Alan Shearer selepas sistem yang sama gagal menentukan sepakan penalti dalam perlawanan melibatkan Chelsea dan Norwich di pertandingan yang sama.
Dalam perlawanan pada awal pagi Ahad lalu (waktu Malaysia), Mata seolah-olah telah meletakkan Manchester United 2-0 di hadapan sebelum babak pertama perlawanan berakhir.
Mata yang melakukan larian dari bahagian tengah serangan United, mengawal hantaran cantik Ashley Young dari sebelah kanan serangan United, sebelum menewaskan penjaga gol Huddersfield.
Ketika pemain-pemain Manchester United sedang meraikan jaringan tersebut, pengadil perlawanan, Kevin Friend kelihatan sedang berkomunikasi dengan pihak yang mengendalikan VAR.
Setelah menunggu hampir seminit, pengadil akhirnya membatalkan gol tersebut, sebelum mereka yang menyaksikan perlawanan siaran langsung di BT Sport diberikan grafik yang mengandungi ralat.
Kenyataan oleh Hawkeye yang turut dimuatnaik di laman twitter syarikat berkenaan berkata:
“Kesilapan teknikal menyebabkan penghasilan grafik yang mengandungi ralat dan diberikan kepada BT Sport.”
“Untuk pengesahan, sistem VAR menggunakan imej grafik yang betul untuk membuat keputusan. Salah faham ini adalah kerana imej yang salah diberikan kepada badan penyiar. Kami memohon maaf untuk itu.”
A technical issue led to an incorrect graphic being provided by Hawk-Eye to @btsportfootball last night. To confirm, the #VAR saw the correct image with the correct lines to make the decision. This was a case of the wrong image being provided to the broadcaster and we apologise. pic.twitter.com/QqbAWVfbi1
— Hawk-Eye Innovations (@Hawkeye_view) February 18, 2018
Walaupun jaringan Mata dibatalkan, penyerang antarabangsa Belgium, Romelu Lukaku menjaringkan gol kedua Manchester United dan peribadi dalam perlawanan tersebut, untuk mengesahkan skuad kendalian Mourinho menempah slot ke suku akhir.