VAR Akan Digunakan Dalam Perlawanan EPL Pada 15 September Ini

Premier League mengesahkan yang mereka akan mengadakan sesi ujian VAR dalam perlawanan EPL yang akan berlangsung selepas rehat antarabangsa.

Beberapa perlawanan akan menjadi medan untuk menguji Video Assistant Referee (VAR).

VAR mendapat banyak reaksi di seluruh dunia selepas penggunaannya pertama kali dalam Piala Dunia pada edisi Rusia 2018.

Minggu lalu, Luis Suarez menyatakan yang VAR telah membunuh keseronokan dalam bola sepak.

Menurut Premier League, ujian itu melibatkan perlawanan yang akan berlangsung pada 15 September ini, sepak mula pada 3 petang.

Berdasarkan maklumat di atas, berikut adalah perlawanan yang akan terlibat dengan penggunaan VAR ini.

Bournemouth vs Leicester

Chelsea vs Cardiff City

Huddersfield Town vs Crystal Palace

Manchester City vs Fulham

Newcastle United vs Arsenal

EPL sudah memiliki segala kelengkapan dan konti pusat untuk VAR, namun masih belum dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana masih ada bantahan daripada ramai pihak.

YEKATERINBURG, RUSSIA – JUNE 27: Referee Nestor Pitana reviews the VAR footage during the 2018 FIFA World Cup Russia group F match between Mexico and Sweden at Ekaterinburg Arena on June 27, 2018 in Yekaterinburg, Russia. (Photo by Dan Mullan/Getty Images)

Undian untuk penggunaan VAR ini sudah dilakukan pada April lalu.

EPL mahu memperbaiki dan mempercepatkan lagi beberapa prosedur dalam VAR. Musim ini La Liga sudah menggunakan VAR sepenuhnya di dalam liga mereka.

Manakala di England musim lalu beberapa perlawanan pertandingan piala telah menggunakan VAR. Tahun ini mereka akan menggunakan VAR lebih banyak dalam perlawanan Piala FA dan Piala Carabao.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN