Van Wolfswinkel Kembali Berlatih Selepas Jalani Pembedahan Otak

Penyerang FC Basel, Ricky Van Wolfswinkel telah kembali menjalani latihan bersama rakan sepasukan apabila telah disahkan sembuh sepenuhnya daripada penyakit aneurisme otak hasil dari pembedahan dan rawatan yang dijalankan.

Pemain warga Belanda itu juga pernah beraksi untuk pasukan Sporting Lisbon pada 2011 dan Norwich City pada 2013.

Beliau telah didiagnosis mengalami penyakit tersebut pada Ogos tahun lepas menerusi imbasan yang dibuat selepas berlaku pelanggaran yang menyebabkan berlaku gegaran pada otak.

Beliau terus dibawa ke pusat perubatan untuk menjalani pembedahan  dengan segera dan akhirnya kembali untuk beraksi dalam perlawanan kompetitif pertamanya selepas tujuh bulan direhatkan.

“Ricky Van Wolfswinkel kini telah sedia untuk diturunkan semula bersama skuad kendalian Marcel Koller,” lapor kelab Switzerland itu dalam laman web rasmi yang turut menunjukkan video pemain tersebut sedang menjalani latihan.

Sejak menyertai FC Basel pada Jun 2017, beliau telah membuat 72 penampilan dan menjaringkan 30 gol dalam semua pertandingan.

Pemain berusia 31 tahun itu hanya dua kali sahaja mewakili skuad kebangsaan Belanda. Kali terakhir adalah pada Jun 2013 ketika menentang Indonesia.

Leave a Reply