Van Persie Sedang Memikirkan Untuk Gantung But Tahun Ini

Bekas bintang Manchester United, Robin van Persie sedang menimbangkan untuk menggantung but sekalipun memainkan peranan penting ketika membantu Feyenoord menjulang Piala Belanda, minggu lalu.

Penyerang berusia 34 tahun itu menjaringkan gol menarik menerusi kuisan untuk menewaskan penjaga gol AZ Alkmaar dari sudut yang sukar untuk Feyenoord melakar kemenangan selesa 3-0.

Selepas berkelana ke banyak kelab termasuk Arsenal, Manchester United dan Fenerbahce, bekas penyerang Belanda itu kembali menyertai kelab pertama yang disertainya ketika remaja, Januari lalu.

Ia adalah trofi pertama Van Persie dalam kancah bola sepak Belanda tetapi selepas kemenangan itu, dia tidak yakin untuk meneruskan kariernya.

“Saya akan memikirkan mengenainya untuk beberapa minggu akan datang dan duduk berbincang dengan Feyenoord,” kata Van Persie.

“Kadang kala, saya mahu meneruskannya untuk lima, enam tahun lagi. Tetapi di sudut yang berbeza, saya mendapati agak sukar untuk bersedia menghadapi perlawanan.

“Ia berkaitan dengan usia dan badan saya. Saya cuba untuk mengekalkan tahap ketahanan dan saya gembira dengan apa yang berlaku pada lima bulan kebelakangan ini sejak saya menyertai semula Feyenoord.

“Mungkin jawapan untuk saya adalah tidak bermain dalam perlawanan yang penuh lagi.”

Bagaimanapun, selepas kenyataan itu, jurulatih Feyenoord Giovanni van Bronckhorst berkata kelab itu berharap untuk mendapatkan khidmat Van Persie pada musim depan.

“Dia mempunyai nilai yang tinggi dan kami mahu dia kekal,” kata Van Bronckhorst.

Dalam perkembangan yang lain, penyokong Manchester United berang dengan tindakan Robin van Persie selepas penyerang Feyenoord itu memuji kecemerlangan Mohamed Salah ketika Liverpool membelasah Roma 5-2 di separuh akhir pertama Liga Juara-Juara awal pagi tadi.

Bintang Mesir itu meledak dua daripada lima gol Liverpool untuk meletakkan pasukannya berada dalam keadaan selesa bagi mencerahkan laluan ke aksi final, Mei ini.

https://twitter.com/MalikBirmingham/status/988878297802199040

Gol itu menyaksikan Salah kini memiliki 42 gol bersama Liverpool musim ini dan jaringan keduanya merupakan yang ke-10 dalam saingan Liga Juara-Juara, musim ini.

Bekas pemain Roma itu menerima pujian daripada hampir kesemua pemain dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini dan bekas penyerang United, Van Persie turut memuji aksi cemerlang Salah.

Bagaimanapun, entri terbaharunya di laman Twitter tidak begitu disenangi penyokong United yang bimbang Salah akan membantu Liverpool menjulang trofi Liga Juara-Juara keenam mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN