Quantcast
Van Persie Tolak Tawaran Bali United, Mahu Ikut Jejak Dirk Kuyt


BERITA

Van Persie Tolak Tawaran Bali United, Mahu Ikut Jejak Dirk Kuyt

Friday, 19 May 2017

Bekas penyerang sensasi Arsenal dan Manchester United Robin van Persie membuat kenyataan rasmi bahawa, berita tentang tawaran dari kelab Indonesia adalah benar.

Sebelum ini beberapa portal sukan di Indonesia melaporkan Bali United mahu menjadikan Van Persie sebagai pemain marquee dalam skuad mereka.




Namun Bali United kemudian membuat kenyataan bahawa mereka terpaksa menarik diri kerana permintaan gaji terlalu tinggi oleh Van Persie.

Ejen kepada Robin Van Persie iaitu Kees Voos juga mengesahkan ada tawaran daripada Indonesia untuk pemain veteran tersebut.

Namun begitu Robin Van Persie memberitahu beliau tidak berminat untuk datang ke Indonesia dan tiada kaitan dengan isu gaji.

Ia nyata bercanggah dengan dakwaan Bali United bahawa Van Persie menolak tawaran ke Indonesia kerana permintaan gaji.

Sebaliknya ejen pemain tersebut mendedahkan memang Van Persie tidak berhasrat untuk bermain di Indonesia buat masa ini.

Ini kerana pemain berusia 33 tahun tersebut yakin beliau masih boleh bermain dengan kelab-kelab di liga utama di Eropah. Beliau kini lebih mengintai peluang untuk kembali ke bekas kelab lamanya iaitu Feyenoord.

Beliau mahu mengikut jejak langkah bekas rakan sepasukan di Belanda iaitu Dirk Kuyt. Kuyt meninggalkan Fenerbahce dan menyertai Feyenoord.

Kuyt yang menyertai semula Feyenoord setelah lama berkelana ke kelab besar lain di Eropah. Kuyt membuat keputusan bersara di Feyenoord. Lebih manis Kuyt membantu Feyenoord menjuarai Liga Eredivisie.

(Photo by Dean Mouhtaropoulos/Getty Images)

Mungkin ini yang cuba dilakukan oleh Van Persie. Beliau mahu bersara di Feyenoord. Pada masa yang sama mahu membantu kelab tersebut mengharungi musim baru. Terutama sekali di UCL.

Bercakap kepada Fotomac di Turki, Kees Voos berkata:

“Van Persie mendapatkan tawaran dari sebuah kelab di Indonesia tapi dia menolaknya. Dia ingin kembali ke Feyenoord seperti Dirk Kuyt.”

“Namun buat masa ini, dia perlu menunggu kontrak dia tamat. Jika ada kelab mahukan beliau pada masa sekarang ini, mereka perlu membayar £4 juta.”

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!

Topik Berkaitan

Kategori Artikel


Kongsi

Komen Artikel: Van Persie Tolak Tawaran Bali United, Mahu Ikut Jejak Dirk Kuyt



Berita Bola Yang Menarik