Van Nistelrooy Jelaskan Kenapa Pilih Ronaldo Berbanding Messi

Ruud Van Nistelrooy selaku bekas pemain legenda Manchester United menyatakan beliau masih lagi menganggap Cristiano Ronaldo selaku pemain terbaik berbanding Lionel Messi.

Selepas melalui tempoh masa yang panjang, debat mengenai Ronaldo dan Messi masih lagi hangat diperkatakan dalam kalangan peminat bola sepak di serata dunia dengan masing-masing mempunyai pendapat tersendiri.

Messi boleh disifatkan kini berada dalam kelas tersendiri, selepas beliau masih segar dengan kejayaan menjuarai Piala Dunia tahun lalu bersama Argentina di Qatar, setelah mereka menewaskan Perancis.

Daripada segi kelebihan piala, pastinya Messi masih lagi unggul untuk mendahului Ronaldo sebenarnya kerana pemain tersebut telah memenangi anugerah Ballon d’Or lebih banyak berbanding penyerang Portugal itu.

Malah, Messi jelas tampil lebih bersinar di pentas antarabangsa selepas beliau membantu Argentina untuk meraih gelaran Copa America setahun sebelum mereka menjuarai Piala Dunia di Qatar.

Ronaldo pula jelas agak sepi di pentas antarabangsa bersama Portugal, selepas kali terakhir pemain tersebut menjuarai saingan EURO 2016 bersama negara itu dan gagal mencatat sebarang kejayaan lagi.

Walaupun secara rekod jelas Messi lebih baik berbanding Ronaldo, Van Nistelrooy mempunyai pandangan tersendiri mengenai kedua pemain tersebut dan lebih memilih bintang Portugal itu dengan alasan agak menarik.

Menurut Van Nistelrooy, beliau memilih Ronaldo selaku pemain terbaik kerana kesetiaan dirinya bersama bintang Portugal itu ketika bersama-sama mewakili United pada suatu ketika.

“Sudah tentu saya akan sentiasa memilih Ronaldo, kerana saya mempunyai kisah silam bersamanya sebelum itu,” jelas Van Nistelrooy menerusi Sportbible.

Untuk rekod, Van Nistelrooy merupakan antara penyerang yang sangat berbisa pada masa kemuncak beliau bersama United, setelah pemain ini telah meledak 150 gol secara keseluruhan untuk kelab tersebut daripada 219 penampilan.

Pada masa sama, Van Nistelrooy turut berkongsikan lawan paling sukar pernah dihadapi beliau ketika bersama United dalam saingan Champions League 2005.

“Sudah tentu AC Milan. Mereka mempunyai Cafu, Alessandro Nesta, Jaap Stam, dan Paulo Maldini. Tambahan pula Genaro Gattuso berperanan selaku penggempur utama. Ianya terlalu berlebihan,” terang Van Nistelrooy.

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN