Van Marwijk Puji Stadium, Tetapi Bidas Kualiti Padang

Bert Van Marwijk semestinya menarik nafas lega setelah menyaksikan pasukan kendaliannya bernasib baik kerana mampu bangkit menewaskan Malaysia 2-1 di perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Perlawanan pada malam tadi bukan sekadar perlawanan pertama UAE dalam kempen kali ini – yang mensasarkan ke Piala Dunia 2022.

Lebih daripada itu ia juga merupakan perlawanan kompetitif pertama pengendali dari Belanda, Van Marwijk bersama UAE sejak dilantik menjawat Ketua Jurulatih pasukan dari negara teluk itu pada Mac lalu.

Foto: UAE NT

Selepas perlawanan Kumpulan G, jurulatih dari Belanda yang pernah membawa negaranya ke perlawanan akhir Piala Dunia 2010 itu sempat memuji kecantikan Stadium Nasional Bukit Jalil.

Namun pujian tersebut turut datang dengan kritikan terhadap mutu padang stadium tersebut yang dianggap sebagai rumah skuad Harimau Malaya.

“Mulanya, saya mahu mengucapkan tahniah atas stadium yang cantik, antara stadium yang paling cantik yang pernah saya jumpa di seluruh dunia.

“Namun sayang, kerana anda memiliki [kualiti] padang seperti ini, anda tidak boleh bermain bola sepak dengan pantas. Ia juga berlaku untuk Malaysia. Sayang sekali, tetapi ini sebuah stadium yang cantik,” katanya.

Kualiti dan mutu rumput di Stadium Nasional Bukit Jalil  sebenarnya bukan perkara baharu. Perkara sama turut pernah disentuh oleh Tang Cheng Hoe dan barisan pemain Harimau Malaya selepas perlawanan pusingan pertama kelayakan Piala Dunia menentang Timor Leste pada Jun lalu.

Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) melalui pengerusinya, Tan Sri Tony Fernandes turut sudah maklum mengenai perkara tersebut dan berjanji untuk melakukan penambahbaikan keadaan padang dalam tempoh setaahun akan datang.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN