Van Gaal: Man. United Ditadbir Ed Woodward Yang ‘Kosong’ Pasal Bola Sepak

Louis van Gaal mengkritik bekas bos beliau iaitu Ed Woodward yang dilabel beliau sebagai ‘kosong’ ataupun tidak tahu apa-apa pasal bola sepak.

Van Gaal menjadi pengurus Man. United selama 2 musim daripada 2014. Beliau memenangi Piala FA dalam musim terakhir bersama Man. United.

Van Gaal dikritik hebat ketika menjadi pengurus Man. United. Dan kini beliau mempertahankan dirinya dengan menuduh Ketua Eksekutif Man. United, Ed Woodward sebagai punca beliau sukar menguruskan Man. United.

Louis Van Gaal menyifatkan, sejak Man. United menggantikan beliau dengan Mourinho, pasukan tersebut bergelut dengan beberapa perkara kerana fokus Woodward lebih kepada perniagaan berbanding bola sepak.

Van Gaal berkata: “Di Bayern, orang yang menguruskan bola sepak adalah lelaki dewasa [arif dalam bidang]. Dan saya sentiasa menghormati mereka. Manakala di Man. United, Ed Woodward diberikan jawatan CEO.”

“Ed Woodward merupakan orang yang kosong pemahaman tentang bola sepak. Beliau sebelum ini merupakan pegawai bank yang terlibat dalam pelaburan.”

“Sesebuah kelab bola sepak tidak akan diuruskan dengan baik sekiranya terlalu dipacu dengan berasaskan perspektif komersial.”

Van Gaal menyatakan beliau tidak menerima cara Ed Woodward mentadbir kelab tersebut. Beliau juga menegaskan Man. United hanya mementingkan isu memenangi trofi tetapi tidak pernah ambil berat dengan cara bagaimana untuk memenangi trofi.

Ini yang membuatkan falsafah bola sepak di Man. United tidak jelas dan tak konsisten selepas zaman Sir Alex Ferguson.

“Saya menentang dasar itu, dan mereka menggantikan saya dengan Mourinho – kerana ketika itu Mourinho tiada kelab dan berada dalam pasaran [untuk digaji].”

“Namun perlantikan Mourinho jelas sekali atas tiket perniagaan kelab. Mourinho memberikan mereka kemenangan. Untuk kelab seperti Man. United, keutamaan mereka adalah memenangi trofi.”

“Namun begitu mereka tidak pernah kisah dengan cara mereka memenanginya.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN