Virgil Van Dijk menganggap beliau sedang dilanda perasaan fantastik selepas diumum sebagai Pemain Terbaik UEFA 2019.
Van Dijk menerima anugerah itu di Monaco, menewaskan 2 pencabar, Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo. Selain daripada anugerah tersebut, Van Dijk turut dipilih sebagai Pemain Pertahanan Terbaik UEFA.
✨ 2018/19 UEFA Men's Player of the Year ✨
🏆 𝐕𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐉𝐊#UEFAawards | #UCLdraw pic.twitter.com/B6PurZkmK7
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) August 29, 2019
Bercakap kepada media selepas kemenangan itu, Van Dijk berkata: “Saya rasa fantastik. Jelas sekali, ianya tahun yang sangat indah, untuk menerima penghargaan di atas apa yang kami telah lakukan pada tahun lalu yang hebat.”
“Ianya bergantung kepada semua orang di Liverpool. Semua yang telah membantu saya di sepanjang perjalanan ini, dan ianya hebat.”
"I need to thank all my teammates, without them I would not achieve what I have achieved."
What a season, what a player, what a guy!
Vigil van Dijk is the UEFA Men's Player of the Year 🙌 pic.twitter.com/HlOkeESfza
— Football on TNT Sports (@footballontnt) August 29, 2019
Van Dijk ditanya tentang pandangan beliau tentang kempen mempertahankan kejuaraan Eropah oleh Liverpool. Pemain tinggi lampai itu berkata: “Permainan yang sukar. Napoli pasukan luar biasa, dan kami tewas di tangan mereka pada pra-musim.”
“Jelas sekali, pra-musim tidak memberikan banyak makna, namun kami tahu betapa bagusnya mereka. Napoli ada skuad yang hebat dengan pemain yang luar biasa.”
“Secara umumnya, dalam UCL, apa sahaja boleh berlaku. Dan jelas sekali semua orang mahu menewaskan kami.”
“Kami perlu bersiap sedia. Kami harus berjuang dalam setuap perlawanan, dan kami akan cuba melakukannya.”
Dalam peringkat kumpulan kali ini, Liverpool diundi berada dalam kumpulan E, bersama-sama dengan, Napoli, Salzburg dan Genk.