Pemain pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk telah disenaraikan bersama-sama Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo sebagai calon untuk menerima Pemain Terbaik Tahunan UEFA.
Musim lalu Van Dijk membantu Liverpool melalu musim terbaik kelab Merseyside itu dalam tempoh 30 tahun selepas mengutip 97 mata, dibezakan hanya dengan satu mata berbanding Manchester City yang muncul juara liga.
Beberapa minggu selepas itu, Van Dijk membantu The Red bergelar juara eropah dengan menewaskan Tottenham Hotspur 2-0 di Madrid.
Pemain antarabangsa Belanda ini adalah pemain pertahanan pertama yang berada di dalam senarai pencalonan sejak anugerah tersebut diperkenalkan pada musim 2010/11. Ronaldo pula mencipta rekod tampil dalam anugerah tersebut sebanyak sembilan kali.
UEFA Men’s Player of the Year Finalists:
? Lionel Messi
• La Liga
• European Golden Shoe
• UCL top scorer? Cristiano Ronaldo
• Serie A
• UEFA Nations League? Virigl van Dijk
• UCL (+ final man of the match)
• PFA player of the yearWho wins? pic.twitter.com/7MEixfMN5x
— Adriano Del Monte (@adriandelmonte) August 15, 2019
Messi dan Ronaldo masing-masing pernah dinobatkan sebagai pemain terbaik eropah sebanyak dua dan tiga kali.
Bagi kategori wanita pula, pemain antarabangsa England, Lucy Bronze disenaraikan selepas membantu Lyon muncul juara Champions League dan membawa negaranya ke separuh akhir Piala Dunia – di mana beliau dinobatkan sebagai pemain kedua terbaik kejohanan dengan anugerah Silver Ball.
Dua pemain lain yang akan bersaing dengan Bronze untuk kategori wanita adalah rakan sepasukan di Lyon – pemain tengah dari Perancis Amandine Henry, dan penyerang dari Norway Ada Hegerberg.
UEFA have confirmed the nominees for their two biggest individual awards…
Men’s Player of the Year:
?? Cristiano Ronaldo
?? Lionel Messi
?? Virgil van DijkWomen’s Player of the Year:
?? Amandine Henry
?? Ada Hegerberg
??????? Lucy Bronze pic.twitter.com/cLPwpbIl3I— Football on BT Sport (@btsportfootball) August 15, 2019
Pencalonan untuk kategori lelaki dipilih oleh 80 jurulatih kelab yang mengambil bagagian dari peringkat kumpulan pertandingan UEFA Champions League dan UEFA Europa League musim 2018/19. Turut diberikan ruang untuk memilih ialah 55 wartawan bola sepak dari 55 ahli yang berada di dalam senarai UEFA.
Bagi kategori wanita, pemain dipilih oleh juri yang terdiri daripada jurulatih 12 pasukan kebangsaan terbaik yang berada di dalam senarai UEFA, dan juga lapan jurulatih yang kelab masing-masing mara ke suku akhir Champions League pada musim 2018/19. 20 orang wartawan bola sepak eropah turut diberikan ruang untuk memilih calon terbaik.
Anugerah akan disampaikan ketika majlis undian peringkat kumpulan pertandingan UEFA Champions League 2019/20 yang akan diadakan di Monaco pada 29 Ogos hadapan.