Ketika ini, nama Virgil Van Dijk sering menghiasi dada-dada akhbar mengenai spekulasi perpindahan beliau.
Beliau dikatakan menjadi sasaran utama Liverpool sambil Chelsea dan Manchester City turut mahu mendapatkan beliau.
Dalam perkembangan terbaharu mengenai pemain tersebut, Van Dijk mengaku inginkan perpindahan ke Liverpool.
Beliau mendedahkan yang Anfield merupakan destinasi pilihannya berbanding Stamford Bridge atau Etihad Stadium.
Ini memberikan sedikit kelebihan buat Liverpool yang dalam misi untuk mendapatkan pemain tersebut dari Southampton.
Southampton dikatakan mahukan jumlah perpindahan melebihi jumlah £50 juta. Andai perpindahan ini berlaku, Van Dijk bakal menjadi pertahanan termahal dalam sejarah bola sepak.
Selain Liverpool, Chelsea yang merupakan juara Premier League dijangka mahukan Van Dijk untuk diletakkan di bahagian kiri dalam rangkaian 3 pertahanan taktikal Antonio Conte.
Sementara Manchester City pula mahu menjadikan Van Dijk sebagai penyelesaian kepada masalah pertahanan mereka ketika ini.
Andai Van Dijk berpindah ke mana-mana kelab selepas ini, ia akan menguntungkan satu lagi kelab iaitu Celtic.
Celtic yang merupakan bekas kelabnya sebelum ke Southampton akan mendapat durian runtuh selepas mereka mengenakan klausa sell-on agreement di dalam kontrak Van Dijk.
Menurut kontrak Van Dijk, Celtic bakal menerima 10% daripada hasil penjualan Van Dijk ke mana-mana kelab.
Adakah Van Dijk akan ke Liverpool? Sama-sama kita nantikan.