Seperti diketahui, Indonesia merupakan negara yang agak aktif dalam mendaftarkan pemain warisan serta naturalisasi sejak sekian lama dalam usaha untuk memantapkan bola sepak mereka.
Program yang dijalankan itu mula aktif pada tahun 2010 dalam usaha mereka untuk mencatat kejayaan dengan kadar segera di pentas antarabangsa.
Kemenkumham masih memproses pemain bernama Shayne Pattynama. Dokumen Justin Hubner dan Ivar Jenner belum masuk, namun jika sudah masuk tentu tidak akan dipersulithttps://t.co/0fT1zs24jy
— Update Score Bola (@UpdateBolabola) October 25, 2022
Kini perkara tersebut mula menjadi ikutan skuad kebangsaan di Malaysia, apabila tiga pemain telah pun diberi status naturalisasi dan beraksi di pentas antarabangsa iaitu Liridon Krasniqi, Mohamadou Sumareh, dan Guilherme de Paula.
Tidak seperti di Indonesia, para pemain naturalisasi yang diperkenalkan saban tahun agak ramai dan hadir dari pelbagai latar belakang berbeza untuk memberi kekuatan buat pasukan negara.
Walaupun begitu, tidak semua yang mereka berikan taraf kewarganegaraan mampu memberi impak besar bersama skuad negara, apabila sesetengah pemain beraksi dengan corak permainan mengecewakan.
Keputusan Masa Penuh
Perlawanan Antarabangsa Tier 1 | Jumaat, 27 Mei 2022
MALAYSIA 🇲🇾 4-0 🇧🇳 BRUNEI
⚽️ Syafiq Ahmad 16' Syamer Kutty Abba 45' Faisal Halim 58' Guilherme de Paula 83' (P) #FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/UmZmPdFOqq
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) May 27, 2022
Ini ada tiga pemain naturalisasi yang gagal memberi impak terbaik bersama skuad kebangsaan Indonesia menerusi Bola.com.
Greg Nwokolo
Penyerang kelahiran Nigeria ini tampil beraksi di Indonesia pada kategori usia yang agak muda dengan mewakili Sriwijaya pada tahun 2004.
Greg secara rasminya mula didaftarkan sebagai pemain naturalisasi pada tahun 2011 dan mula beraksi bersama skuad kebangsaan dua tahun selepas itu.
https://twitter.com/broadcastbola/status/1502994160164384773?s=46&t=ZeVJJehfoHxIlc5f4ZmH_g
Pemain tersebut mula beraksi buat pertama kali bersama Indonesia sewaktu mereka menentang Arab Saudi ketika usia beliau sudah pun mencecah 27 tahun.
Sepanjang karier Greg di Indonesia, beliau hanya mewakili skuad kebangsaan sebanyak lapan kali serta mampu meledak dua gol sahaja.
Victor Igbonefo
Victor juga merupakan pemain kelahiran Nigeria yang beraksi di posisi pertahanan tengah serta mendapat taraf naturalisasi sama tahun seperti Greg.
Apa yang lagi menarik, kedua pemain ini turut beraksi buat pertama kali bersama skuad kebangsaan Indonesia sewaktu menentang Arab Saudi iaitu pada 23 Mac 2013.
A crushing header from Victor Igbonefo that equalizes the score. pic.twitter.com/mRhZKBkv5z
— Persib English 𝕏 (@Persib_world) April 16, 2021
Ketika itu Victor menjadi antara tunjang utama ketika Indonesia berdepan Arab Saudi dalam aksi kelayakan Piala Asia 2015 di laman sendiri iaitu Stadium Gelora Bung Karno dengan mencatat kekalahan 1-2.
Kini, pemain tersebut sudah pun berusia 37 tahun dan aksi yang ditampilkan tidak mampu untuk merebut tempat bersama skuad kebangsaan Indonesia.
Sepanjang karier beliau selaku pemain naturalisasi, Victor hanya merekodkan 14 penampilan sahaja dan tidak begitu memberi impak diingini skuad negara tersebut.
Sergio Van Dijk
Van Dijk tidak seperti Victor dan Greg yang merupakan pemain naturalisasi untuk Indonesia, tetapi beliau mempunyai pertalian darah bersama Indonesia.
Van Dijk merupakan pemain warisan yang dilahirkan di Belanda dan diberi taraf kerakyatan pada tahun 2013 untuk memperkuatkan posisi serangan Indonesia.
Tampil dengan reputasi yang sangat hebat sebelum itu di Australia bersama Brisbane Roar dan Adelaide United, menjadikan pemain ini diberi perhatian tinggi dalam kalangan peminat negara tersebut.
With Thailand due to face Indonesia tomorrow here's Matt Riley's exclusive interview with former Suphanburi striker (and Indonesian international), Sergio van Dijk, for my old website, from November, 2014. https://t.co/edW38qHmuQ
@TalesThai pic.twitter.com/k4YwGxk9Ei— chonburi_fc (@chonburi_fc) June 2, 2021
Tetapi apa yang diharapkan tidak berlaku apabila Van Dijk hanya mampu meledak satu gol sahaja bersama Sang Garuda daripada enam penampilan keseluruhan.
Van Dijk kini tidak lagi beraksi sebagai pemain bola sepak profesional dan beliau sudah pun terlibat selaku ejen pemain di sana.