Van der Sar Tidak Berminat Bekerja Dengan Ed Woodward

Manchester United dilaporkan menemui jalan buntu dalam usaha mereka mahu mendapatkan Edwin van der Sar untuk menjadi Pengarah Sukan.

Pencarian Pengarah Sukan di Manchester United masih lagi berjalan. Kelab sebelum ini dilaporkan mahukan calon yang ada latar belakang Manchester United.

Van der Sar antara calon utama yang mereka mahukan. Namun, dalam satu temuramah dengan TalkSports, Van der Sar menyatakan beliau tidak berminat dengan jawatan di Old Trafford tersebut.

Ed Woodward sebelum ini pernah berikrar akan mencari Pengarah Sukan terbaik untuk United. Namun beliau menegaskan keputusan akhir dalam isu seperti kontrak dan perpindahan pemain masih di tangannya.

Van der Sar kini merupakan CEO pasukan Ajax Amsterdam. Fokus utama beliau adalah Ajax, dan mahu meneruskan projek yang mereka sedang bina, berbanding dengan bekerja di bawah seliaan Ed Woodward.

Van der Sar juga mengharapkan musim ini, Ajax akan mengulangi kecemerlangan mereka pada musim lalu.

Van der Sar memberitahu wartawan: “Tidak, saya tidak berminat. Saya sekarang fokus kepada Ajax.”

“Saya adalah Ketua Eksekutif Ajax. Kami baru menikmati musim lalu yang hebat di Eropah dan memenangi liga di Belanda.”

“Kami sedang berusaha meletakkan Ajax ke tahap yang lebih tinggi di peringkat Eropah, agar Ajax kembali menjadi kelab elit. Buat masa ini, ianya berjalan lancar.”

Edwin van der Sar bermain untuk Manchester United selama 6 musim, dari 2005-2011. Namun beliau buat masa ini tidak memikirkan untuk kembali semula ke Man. United sebagai Pengarah Sukan.

Van der Sar mengelak daripada menjelaskan dengan lebih panjang kenapa beliau tidak menerima tawaran tersebut.

Salah satu sebab nama Van der Sar menjadi sasaran Man. United dan beberapa kelab eropah lain adalah, kerana beliau membantu Ajax mengoptimumkan prestasi para pemain di atas padang serta kewangan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN