Beberapa hari lalu The Guardian melaporkan bahawa Man. Utd Bakal laantik Pengarah Bola Sukan (Pengarah Bola Sepak).
Ini selepas kegagalan Manchester United beroperasi lebih baik dalam jendela perpindahan pada kali ini membuatkan Jose Mourinho bengang.
Mourinho dengan terbuka menyatakan beliau sudah hantar 5 nama yang beliau kehendaki sebelum musim lalu berakhir. United mendapatkan Fred dan Dalot.
Namun Mourinho memerlukan beberapa nama lagi terutama sekali bek tegah. Malangnya, Man. United gagal memberikan Mourinho pemain pertahanan yang beliau mahukan.
Lantas Manchester United merasakan mereka harus bekerja dalam sistem baharu.
Ada 3 nama dikaitkan dengan jawatan itu buat masa ini, namun 2 nama iaitu Van Der Sar dan Monchi dianggap paling realistik.
Nama calon ke-3 ialah Fabio Paratici yang kini bertugas di Juventus mungkin tidak mahu meninggalkan kelab tersebut.
Edwin Van Der Sar memiliki pencapaian yang membanggakan sebagai Pengarah Sukan di Ajax. Di mana beliau membantu Ajax bangkit dan berjaya melakukan beberapa perpindahan masuk dan keluar pemain dengan sangat baik.
Monchi pula memiliki rekod trek yang sangat baik. Siapa tak kenal Monchi? Jika di padang ada Pep Guardiola sebagai pakar taktikal, di lapangan Pengarah Sukan, ada Monchi yang pakar dalam urusan tersebut.
Beliau kini berkhidmat sebagai Pengarah Sukan di AS Roma.
Buat masa ini, Mourinho berhubung terus dengan Naib Pengerusi, Ed Woodward dalam urusan jual beli pemain.
Dengan Woodward yang banyak kerja lain, pastinya mewujudkan jawatan Pengarah Sukan adalah langkah yang bijak.
Woodward menjadi kecaman ramai pihak selepas lebih banyak mengumumkan penaja berbanding pemain pada jendela perpindahan.
Kita semua tahu penaja itu penting, namun keutamaan pada jendela perpindahan pastinya pembelian pemain untuk menguatkan pasukan.