Legenda Belanda, Marco van Basten telah mengutuk sikap angkuh dan bongkak pengurusan Manchester United sehingga membuatkan mereka tidak mahu berevolusi.
Basten jelas sekali tidak suka dengan sikap Manchester United yang bodoh sombong itu.
Dalam bola sepak moden pada hari ini pengurusan pasukan lain yang sentiasa belajar dan berubah. Sebaliknya Man United sentiasa menganggap mereka sentiasa betul dan kekal dengan polisi mereka.
Ini telah membuatkan Man United terperosok ke tangga ke-10 di dalam liga dan gagal menempatkan diri dalam kelompok pasukan elit Eropah.
(Nota editor: Hari ini Man. United di tangga ke-11)
Bekas pemain Ajax dan Milan itu menyatakan beliau terkejut dengan aksi hambar ditunjukkan Man United ketika berhadapan dengan AZ Alkmaar. Mereka gagal mencetak sebarang percubaan tepat.
Basten berkata: “Apa dah jadi dengan Man United setakat ini? Mereka kalahkan Astana. Dan kini mereka kini mereka di tangga kesepuluh EPL. Mereka bermain bola sepak yang kamu sendiri tak mahu dan tak tahu nak tulis apa.”
“Man United adalah kelab sangat besar. Namun saya hanya katakan itu dari sudut kewangan, mereka sangat sangat banyak duit.”
Spot on from Van Basten: “These United players are very well-paid professionals. So are they saying they should not be playing on an artificial pitch? Please, get lost. Stop talking about these spoilt boys." https://t.co/9MpfFfiQKE
— Jonny Ross (@thejonnyross) October 5, 2019
“Lihat aksi mereka ketika Europa League, ianya aksi yang sangat teruk.”
“Jika saya adalah AZ Alkmaar, lawan mereka ketika itu. Saya akan menjadi sangat rimas dan bermotivasi menunjukkan rasa rimas saya untuk menghukum mereka.”
“Mereka tak boleh merungut pasal rumput tiruan, kerana jika anda [peminat] melayan rungutan mereka, mereka akan lebih banyak beralasan selepas ini.”