Valverde Sisihkan Messi, Busquet Dari Skuad Barcelona Untuk Bertemu Huesca

Pengurus Barcelona, Ernesto Valverde telah memutuskan untuk menyisihkan beberapa pemain utama dari skuad Barcelona yang akan berkunjung untuk perlawanan La Liga menentang Huesca pada hujung minggu ini.

Ia adalah sebahagian dari langkah yang diambil oleh Valverde untuk memastikan pasukannya lebih bersedia menjelang pertemuan suku akhir kedua UEFA Champions League menentang Manchester United pada Selasa hadapan.

Tiada Messi

Valverde telah mengeluarkan senarai 18 pemain untuk perlawanan pada hujung minggu ini. Kelab Catalan itu akan ke EL Acoraz pada malam ini untuk berhadapan Huesca dengan misi mengekalkan jurang 11 mata yang dimiliki mereka di tangga teratas La Liga.

Paling ketara ialah, tiada nama Lionel Messi di dalam senarai pemain. Pemain tengah, Sergio Busquets juga turut direhatkan untuk perlawanan ini bagi memastikan kedua-dua pemain mendapat rehat yang cukup sebelum berhadapan United.

MANCHESTER, ENGLAND – APRIL 10: Lionel Messi of FC Barcelona lies injured during the UEFA Champions League Quarter Final first leg match between Manchester United and FC Barcelona at Old Trafford on April 10, 2019 in Manchester, England. (Photo by Alex Livesey – Danehouse/Getty Images)

Kecederaan dan pergantungan

Selain daripada dua pemain tersebut, pemain antarabangsa Croatia, Ivan Rakitic juga terpaksa disisihkan akibat demam. Manakala Sergio Roberto mengalami kecederaan otot kiri.

Valverde turut terpaksa melupakan khidmat Luis Suarez dan Gerrard Pique akibat pergantungan. Semua pemain dijangka akan kembali menjelang perlawanan menentang Manchester United di Nou Camp.

Barcelona kini memiliki kelebihan tipis setelah menang 1-0 di Old Trafford pada pertengahan Rabu lalu. Anak buah Ole Gunnar Solskjaer pula mengharapkan keajaiban seperti yang berlaku di Paris untuk berulang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN