Ernesto Valverde membidas penganjuran terlalu banyak anugerah dalam bola sepak. Beliau bercakap demikian selepas Anugerah FIFA Best yang mengiktiraf Modric sebagai pemain terbaik FIFA.
Valverde merasakan anugerah-anugerah yang banuak ini tidak banyak membantu pemain. Dan lebih kepada menjadi bahan sensasi media untuk berdebat, siapa yang layak dan siapa yang tak layak.
Pada hari ini Anugerah FIFA diasingkan daripada Ballon d’Or. Valverde berkata:
“Saya ingat lagi masa kami bermain dahulu, mana ada banyak sangat anugerah dan media pun tak bising sangat.”
“Hari ini terlalu banyak anugerah, terlalu banyak malam gala, kesemua perkara diperbesarkan.”
“Kesemua acara ini lebih kepada kepentingan pihak penganjur.”
“Banyak bunyi bising daripada media dan mereka suka untuk mencetuskan kontroversi.”
“Bola sepak yang merupakan sukan kini perlahan-lahan menjadi perniagaan hiburan (show business).”
Ditanya adakah Modric berhak menang kerana ada ramai peminat bola sepak merasakan Lionel Messi sepatutnya menang.
“Semua orang ada pandangan masing-masing. Ini bukan masa sesuai nak membanding-bandingkan pemain.”
“Modric pemain terbaik, dan anugerah ini disebut Terbaik (Best), dan pada pandangan kami, yang terbaik tidak hadir pada malam itu.”
“Bagi kami Leo adalah yang terbaik.”