Mengenang Tragedi Valley Parade Fire Yang Berlaku 32 Tahun Lalu Kerana Sepuntung Rokok

Hari ini, genaplah 32 tahun kejadian kebakaran di stadium Valley Parade. 56 nyawa telah terkorban serta lebih 200 cedera.

2 daripada terkorban itu merupakan penyokong Lincoln City dan baki 54 orang ialah penyokong Bradford City.

Bradford City Football Club
Fire Disaster 11 May 1985
Fifty six people die

Pada ketika itu, perlawanan antara Bradford City menentang Lincoln City dalam saingan Third Division (kini dikenali League One).

https://www.youtube.com/watch?v=IrXmdtPO6LQ

Kenangan Pahit Mengatasi Manis

Tuan rumah, Bradford City baru sahaja menjulang trofi kejuaraan Third Division dihadapan ribuan penyokong sebelum sepak mula. Namun perlawanan tersebut terganggu dek kebakaran.

Dipercayai ada penyokong yang merokok dan rokok tersebut telah menjadi punca kebakaran tersebut. Pada waktu itu, tempat duduk di Valley Parade diperbuat daripada kayu.

Kebakaran itu disedari seawal jam 3.40. Ada penyokong menyedari api sedang marak lalu cuba memadamkan kebakaran menggunakan pemadam api tetapi gagal.

Pihak bomba lantas dihubungi. Ramai penonton lari keluar untuk menyelamatkan diri.

Ramai terkorban termasuklah penonton yang berusia emas. Salah satu yang maut adalah bekas pengerusi Bradford City, Samuel Firth pada ketika itu berusia 86.

Mengejutkan

Perdana Menteri Britain pada ketika itu, Margaret Thatcher bersama suami dan pengerusi kelab meninjau tempat kejadian. Sumber: PA dan BBC.

Kejadian itu mengejutkan dunia bola sepak. Perdana Menteri Britain ketika itu, Margaret Thatcher menyampaikan salam takziah kepada keluarga mangsa terlibat.

Malah, kerajaan Britain mengarahkan satu siasatan dibuat. Siasatan itu dikenali Popplewell Inquiry kerana mengambil nama pengerusinya, Oliver Popplewell.

Akhirnya, kerajaan Britain menyekat kelulusan pembinaan tempat duduk diperbuat daripada kayu di stadium.

Malah, tempat duduk kayu juga ditukar kepada bahan yang selamat di samping larangan merokok di kawasan tempat duduk kayu.

Bradford City Football Club
Fire Disaster 11 May 1985
Fifty six people die

Hari ini, penduduk Bradford dan Lincoln bersatu mengenang kejadian malang itu.

Malah ada kelab lain seperti Barnsley dan Millwall turut mengutuskan ucapan memperingati yang telah pergi. Begitu juga dengan seteru Bradford City, Bradford Park Avenue.

Tahukah anda, kedua-dua kelab ini mengadakan perlawanan amal untuk mengutip dana untuk Tragedi Hillsborough pada 1989. Uniknya, perlawanan amal ini merupakan perlawanan pertama selepas kejadian kebakaran itu.

Ini kerana, Bradford City beraksi di Second Division (kini dikenali Championship) pada ketika itu.

Manakala, Lincoln City turun divisyen daripada Third Division ke Fourth Division (nama sekarang League Two) seterus ke Football Conference (kini National League). Dan naik semula ke Fourth Division!

Dibayangi Hillsborough?

Penulis pasti ramai yang kurang ketahui kejadian ini dek bayangan Hillsborough. Ada pihak  mengatakan penyokong Bradford tidaklah sevokal penyokong Liverpool dalam isu ini.

Tetapi, keprihatinan kerajaan dalam menangani isu ini juga harus dipuji.

Tambahan pula, dekad 1980-an merupakan dekad yang mencabar dan diingati penggiat bola sepak di tanah kelahirannya, England.

Kerana apa, ini merupakan salah satu kejadian dalam naskhah dekad hitam itu.

Baca juga: Wira Tak Didendang Tragedi Chapecoense Diberi Ganjaran Bertemu Bintang Kesayangannya

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN