Pegawai dari Valencia dilaporkan telah meminta pihak media untuk tidak merakam atau menyiarkan protes yang dilakukan oleh pihak penyokong terhadap kelab.
Menurut Football Espana, pegawai atasan Los Che telah menemui Mediapro – syarikat yang memegang hak penyiaran di La Liga – untuk tidak memaparkan sebarang bentuk rakaman yang memaparkan protes dari penyokong.
Protestas en la Av. De Suecia antes del @valenciacf vs @Alaves pic.twitter.com/r1OQTFf9T1
— TribunaDeportiva (@TribunaVCF) October 5, 2019
Wakil kelab dan media dikatakan telah mengadakan perjumpaan, dan permintaan untuk tidak memaparkan sebarang imej bantahan dari penyokong dalam siaran telah diajukan.
Valencia juga tidak mahu sebarang nyanyian atau chants menentang pemilik kelab Peter Lim, atau Presiden Anil Murthy disiarkan secara langsung di kaca televisyen.
— TribunaDeportiva (@TribunaVCF) October 5, 2019
Malah Valencia juga tidak mahu Mediapro menyiarkan sebarang banner bantahan dari penyokong di kaca televisyen. Begitu juga dengan bantahan dari penyokong yang akan diadakan di luar stadium.
Valencia dilaporkan bertindak sedemikian selepas presiden Murthy menerima ancaman bunuh selepas beberapa siri protes dari penyokong diarahkan kepada pihak kelab.
Hubungan Lim dengan penyokong mulai retak apabila pada 2014 beliau membeli sehingga 70% daripada saham kelab. Ketika itu, Lim dirasakan menggunakan taktik licik untuk memujuk beberapa pemegang saham menjual pemilikan mereka kepada beliau.
Respect. #LimGoHome. #MestallaDespierta. Amunt sempre!!! pic.twitter.com/xFypweTSwZ
— Jesús Roig ? (@1919Torino) September 22, 2019
Selepas itu, para penyokong agak reda. Kerana Lim menunjukkan kesungguhan beliau berbelanja untuk kelab.
Namun, kemarahan penyokong kembali memuncak apabila Peter Lim memecat pengurus kelab, Marcelino. Para penyokong mendengar rintihan Marcelino yang menyatakan beliau masih mahu membimbing kelab itu.