Destinasi nombor satu untuk semua yang berkaitan dengan bola sepak di Malaysia, Football Republic menerusi outlet Sunway Pyramid telah melancarkan kasut bola baharu keluaran UMBRO UX Accuro 3.
Dicipta dan direka khas dengan reka bentuk khusus hasil teknologi terkini, UMBRO UX Accuro 3 telah diperkenalkan kepada media oleh Pengarah Urusan UMBRO dari United Kingdom, Anthony Little sambil disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Football Republic, Vach Pillutla.
Teknologi D30 adalah teknologi jenama global yang telah dipatenkan, digunakan untuk produk perlindungan oleh angkatan tentera, pekerja industri dan atlet.
Ia merupakan teknologi yang sama digunakan pada bahagian depan dan pertengahan kasut UMBRO UX Accuro 3 bagi meningkatkan kawalan apabila pemain menerima bola dengan menambahkan kembali kekuatan tenaga yang hilang.
UMBRO UX Accuro 3 juga turut disertakan dengan beberapa ciri tambahan yang dimasukkan pada kasut tersebut seperti Memory Flex dalam kasut untuk memastikan pergerakan semulajadi.
U-fit Collar pula menjanjikan kestabilan dan sokongan pada sekitar tumit serta Pro Stance Outsole yang unik memberikan keselesaan dan daya tahan pada jarak jauh.
Dalam pada itu, Vach Pillutla teruja dalam memperkenalkan keluaran terbaharu buat jenama kelahiran United Kingdom tersebut.
”Kami amat teruja untuk memperkenalkan kasut bola sepak UMBRO UX Accuro 3, seperti yang kita ketahui bahawa pemain bola sepak di Malaysia – sama ada profesional atau amatur – akan menyukai banyak teknologi yang disatukan dalam but bola sepak ini.”
”Sebagai destinasi bola sepak nombor satu, Football Republic menyediakan pelbagai produk bola sepak premium dan UMBRO adalah salah satu jenama utama kami di kedai kami, “katanya.
UMBRO UX Accuro 3 yang boleh didapatkan di semua cawangan Football Republic hadir dengan warna biru dan hitam dengan dua variasi iaitu UX Accuro Pro dan UX Accuro League berharga RM499 dan RM139.