‘Usikan’ Kpah Sherman Mampu Beri Igauan Ngeri Buat Perak

Penyerang berbisa Sri Pahang iaitu Kpah Sherman dijangka bakal menjadi pertaruhan penting buat pasukan tersebut hari ini untuk menghadapi cabaran seterusnya dalam aksi Liga Super bertemu Perak.

Momentum semasa kini menyaksikan kedua pasukan seimbang daripada segi keputusan lalu selain kedudukan semasa juga menyaksikan Tok Gajah hanya kurang satu mata sahaja untuk cuba memintas pasukan tersebut.

Berdasarkan aksi terakhir diharungi kedua pasukan, Perak telah pun meraih kemenangan 1-0 sewaktu menewaskan Kuala Lumpur City (KL City) di laman sendiri hasil jaringan Luka Milunovic.

Sementara Sri Pahang berjaya mengikat Kedah Darul Aman (Kedah) menerusi keputusan 2-2 di Stadium Darul Aman (SDA) hasil jaringan Sergio Aguero serta kebangkitan daripada Kpah Sherman.

Menerusi momentum positif ditampilkan kedua pasukan tersebut, pastinya ia bakal menjadi salah satu aksi cukup menarik untuk diperhatikan oleh para peminat bola sepak Malaysia.

Untuk aksi hari ini, Semuanya BOLA memilih tiga pemain yang dijangka bakal menjadi tumpuan utama untuk memberi impak besar kepada pasukan masing-masing.

Kpah Sherman

Musim ini menyaksikan penyerang kebangsaan Liberia itu sudah pun meledak lima gol bersama dua bantuan jaringan untuk membuktikan dirinya masih lagi berbisa di pentas Liga M.

Momentum semasa pemain ini juga dianggap sangat baik kerana Kpah masih lagi segar dengan salah satu jaringan dihasilkan beliau ketika Tok Gajah mengikat Kedah pada aksi lalu.

Kelebihan Kpah sudah tentu terarah kepada kelicikan beliau di hadapan gol, serta kekuatan fizikal dimiliki untuk mengatasi mana-mana pertahanan lawan dengan cukup baik.

Manuel Hidalgo

Bekas pemain sayap Kedah ini menampilkan aksi cukup konsisten untuk menggerakan serangan Sri Pahang menerusi kelincahan serta kreativiti beliau merangka idea posisi hadapan kelab.

Statistik semasa Hidalgo juga dianggap sangat seimbang apabila beliau kini sudah pun meledak tiga gol bersama tiga bantuan jaringan daripada sembilan penampilan.

Kelincahan beliau yang bijak mengatasi pertahanan lawan serta kombinasi permainan bersama rakan sepasukan lain bakal digunakan sepenuhnya skuad kendalian Fandi Ahmad untuk hadapi Perak.

Luciano Guaycochea

Nadi utama Perak ini tidak perlu lagi dipertikaikan kualiti beliau di atas padang menerusi sumbangan telah diberikannya sejak beberapa musim bersama pasukan tersebut.

Perancang utama Perak ini memiliki segala diperlukan oleh Yusri Che Lah di posisi tengah menerusi ketenangan, kreativiti, serta kualiti untuk menyudahkan setiap peluang di hadapan gawang gol.

Antara kelebihan Guaycochea terarah kepada kualiti sepakan jarak beliau yang jarang mengecewakan selain sentiasa menjadi pencetus kepada pergerakan mendapatkan gol.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN