Usain Bolt Tolak Tawaran Kontrak Dua Tahun Untuk Beraksi Bersama Valletta FC Di Malta

Pemburuan Usain Bolt untuk menjadi pemain bola sepak profesional terpaksa diteruskan lagi setelah beliau menolak kontrak selama dua tahun yang ditawarkan juara bertahan Liga Perdana BOV (Malta), Valetta FC.

Berita itu telah disahkan oleh ejennya, Ricky Simms yang berkata:

”Terdapat banyak perkara yang menarik ketika Usain (Bolt) bermain bola sepak.”

”Saya dapat mengesahkan bahawa Usain tidak mahu mengambil peluang ini di Malta.”

Walaupun Bolt menolak kontrak yang ditawarkan, Ketua Eksekutif Valleta FC, Ghasston Slimen mengucapkan selamat maju jaya dalam karier baharu buat lelaki terpantas dunia itu.

SYDNEY, AUSTRALIA – OCTOBER 12: Usain Bolt of the Mariners is challenged by Tom Whiteside of Macarthur South West United during the pre-season friendly match between the Central Coast Mariners and Macarthur South West United at Campbelltown Sports Stadium on October 12, 2018 in Sydney, Australia. (Photo by Matt King/Getty Images)

”Kami mengucapkan kepada Usain Bolt selamat maju dalam karier bola sepak beliau. Tawaran dari Valletta FC sentiasa berada di atas meja buatnya.”

Untuk pengetahuan, Valletta FC boleh dilabelkan sebagai kelab gergasi dalam saingan domestik apabila telah menjuarai saingan liga sebanyak 24 kali dan kali terakhir memenangi pada musim lalu.

Valleta FC kini di tangga ketiga Liga Perdana BOV selepas mengharungi enam perlawanan dengan mengumpul 12 mata hasil empat kemenangan dan dua kekalahan.

Dengan keengganan Usain Bolt ke Malta, beliau akan terus menjalani latihan bersama Central Coast Mariners. Mungkin sehingga beliau mendapat tawaran yang menepati citarasa beliau.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN