Raja pecut dunia, Usain Bolt disahkan akan meninggalkan Central Coast Mariners selepas perbincangan mengenai kontrak bersama kelab dari Australia itu gagal mencapai kata sepakat.
Juara Olimpik lapan kali itu sudah menjalani ujian percubaan bersama kelab A-League itu sejak Ogos lalu dengan harapan untuk memenuhi impiannya menjadi pemain bola sepak.
We wish @usainbolt all the best in his future endeavours and thank him for being a part of the Mariners Family.
BREAKING NEWS: Usain Bolt Update ⚡️https://t.co/Lfi4ccmcMA#CCMFC #ALeague pic.twitter.com/Th1y8sjrvI
— Central Coast Mariners (@CCMariners) November 2, 2018
Bintang berusia 32 tahun itu menjadi perhatian dunia selepas berjaya menjaringkan dua gol dalam aksi persahabatan pra-musim.
Bagaimanapun, kemampuannya menjadi persoalan dan dilaporkan, kelab itu hanya akan membayar sebahagian daripada AS$2.1 juta (RM8.75 juta) yang diminta pengurusan Bolt de-ngan bantuan penaja luar bagi merealiasasikan kontrak itu.
No deal.
Usain Bolt's trial with Central Coast Mariners has come to an end… without a contract offer.
Is his "dream" over?
👉 https://t.co/k5YCz7xxR0 pic.twitter.com/PajNI8Tidd— BBC Sport (@BBCSport) November 2, 2018
“Seperti dimaklumkan, pihak kelab dan Ricky Simms sudah mengadakan perbincangan bersama wakil luar untuk menjadi penyelesaian komersial yang dipersetujui semua pihak.
“Meskipun terdapat perjanjian menarik daripada beberapa pihak, Bolt dan Central Coast Mariners sudah memutuskan bahawa kontrak itu gagal dipersetujui dalam tempoh yang ditetapkan,” katanya Mariners dalam satu kenyataan.
Pemegang rekod dunia acara 100m yang bersara daripada dunia olahraga tahun lalu, sudah menjalani beberapa siri percubaan dengan kelab di Jerman, Afrika Selatan dan Norway.
Terdapat juga beberapa kelab yang kurang popular berminat untuk mendapatkan khidmat beliau.
Our club is in a position to fulfill the dream of Usain Bolt @usainbolt. We are looking for a contact that allows us to establish a relationship with your representative to talk about the subject in case you may be interested.
.
⚽️🔴⚪️ pic.twitter.com/YNHzP3WX8N— CD Unión San Felipe (@USanFelipeSADP) November 2, 2018
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pemilik Central Coast Mariners, pengurusan, kakitangan, pemain dan penyokong kerana menerima saya dengan baik sepanjang saya bersama mereka.
“Saya mendoakan kejayaan mereka untuk sepanjang musim ini,” kata Bolt.