‘Usaha Ini Bermula 2 Bulan Lepas’

Penyerang sensasi skuad Bawah-18 tahun negara, Luqman Hakim Shamsuddin telah menandatangani kontrak profesional bersama kelab divisyen satu Belgium, KV Kortrijk selama lima tahun.

Kelab tersebut merupakan salah satu daripada kelab milik usahawan, Tan Sri Vincent Tan yang juga memiliki kelab Inggeris, Cardiff City.

Luqman akan berlatih bersama Cardiff City terlebih dahulu sehingga usianya genap 18 tahun pada Mac 2020, untuk sebelum dibenarkan menyertai kelab Belgium tersebut.

Menteri Belia dan Sukan, Syed saddiq Syed Abdul Rahman memanjatkan kesyukuran di atas kejayaan tersebut. Syed Saddiq merupakan antara tokoh yang hadir di dalam majlis pengumuman itu semalam.

Foto: asiana.my

Syed Saddiq berkata: “Alhamdulillah hari ini adik Luqman Hakim Shamsudin ditawarkan untuk bermain bersama sebuah Kelab Belgium, K.V.Korvijk.”

“Belgium juga kini di ranking pertama FIFA. Impiannya untuk bermain di Eropah hampir pasti menjadi kenyataan.”

“Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang membantu dalam merealisasikan impian anak muda berpotensi besar ini – terutamanya kepada ibu bapa Luqman, Tan Sri Vincent Tan, team NFDP, team MSN, ISN, KPM, FAM dan semua pemegang taruh yang menyumbang kepada kemenjadian ini.”

Syed Saddiq kemudian berkongsi cerita di sebalik kejayaan Luqman Hakim yang berjaya melebarkan karier ke Eropah.

“Usaha ini telah bermula semenjak 2 bulan yang lepas selepas beberapa siri pertemuan di antara pihak BERJAYA dengan NFDP.”

“Saya mendapat perkhabaran baik ini sewaktu pertemuan Tan Sri Vincent Tan bersama Tun kira-kira 3 minggu lepas. Semoga langkah adik Luqman menjadi titik permulaan kepada perubahan yang besar di dalam arena bolasepak tanah air.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN