Untuk Kekang Penang FC, ‘Nan Ghebau’ Dibawa Ke Pulau Mutiara?

Renan Alves Nan Ghebau Kedah darul aman 2021

Derbi Utara antara Penang FC dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada malam ini dijangkakan akan sengit dengan kehadiran semula ‘Nan Ghebau’ atau Renan Alves.

Untuk aksi derbi sebegini, watak sepertinya diperlukan Kedah bagi mengekang asakan ke benteng Kedah. Keras, kental dan berwatak garang, setakat ini selepas dua aksi, skuad Hijau Kuning dilihat kehilangan pemain sebegitu di barisan belakang.

Rodney Calvin, Amirul Hisyam atau Syazwan Tajudin, dilihat bukan diciptakan untuk watak sebegitu. Mungkin dengan kehadiran semula ‘Nan Ghebau’, jentera serangan yang diterajui penjaring terbanyak Liga Premier 2020, Casagrande akan tergugat.

Kelibat Renan Alves dapat dilihat semasa ketibaan rombongan pemain-pemain Kedah ke Pulau Pinang, lewat malam tadi. Adakah ini menandakan beliau sudah bersedia?

Bek tengah kelahiran Brazil itu sudah terlepas dua aksi awal Liga Super tempohari ketika tewas 0-2 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dan menang 2-0 ke atas Sabah FC.

Mungkin cabaran daripada Sabah agak kurang jika hendak dibandingkan kepada juara tujuh kali Liga Super itu, namun cabaran daripada Penang FC wajar dipandang serius. Selain aksi derbi yang sentiasa panas dan tegang, skuad Harimau Kumbang juga dilihat tampil bermain dengan sangat baik dalam dua perlawanan.

Tidak dinafikan, gandingan Rodney Calvin dan Amirul Hisyam yang memberikan cleen sheet pada minggu lalu boleh dikekalkan, namun berdepan aksi derbi, mungkin sesuatu perlu direncanakan agar keputusan dua aksi persahabatan tidak berulang.

Kedah tewas sekali (1-3) dan diikat dengan keputusan seri (1-1) dalam pertembungan aksi pemanas badan antara kedua-dua pasukan pada pertengahan Februari lalu.

Selain ‘Nan Ghebau’, adakah Kedah sudah boleh menyenaraikan barisan terbaik di benteng? Kelibat bek kiri, Ariff Farhan Md Isa turut kelihatan dalam sesi latihan terakhir di Stadium Darul Aman pada sebelah petang, tetapi tidak dapat dipastikan sama ada beliau turut dibawa ke Stadium Bandaraya ataupun tidak untuk malam ini.

Jika tiada sekalipun kelibatnya, mungkin sekali lagi pengendali, Aidil Sharin Sahak akan menyenaraikan Fairuz Zakaria yang akan membuat ‘comeback’ di Bandaraya. Tiada masalah buat dirinya, kerana beliau tentu sangat mengenali gaya permainan bekas rakan sepasukannya yang pernah bermain sekali pada musim lalu.

KREDIT FEATURED IMAGE: KDA FC

Baca lagi artikel lain mengenai Renan Alves dan Kedah:

Tanpa Renan Alves & Syazwan Tajudin, Kedah Buat Rombakan Di Benteng Lagi

Menjelang Aksi Piala Sumbangsih Berdepan JDT, Renan Alves ‘Hilang’ Lagi

Dilanjutkan Semusim Lagi Bersama Kedah, Renan Alves Janji ‘Baiki’ Diri

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN