UNL: Sergio Ramos Catat Rekod Baharu, Tetapi Gagal Sempurnakan 2 Penalti

Kapten Sepanyol, Sergio Ramos mungkin membayangkan malam perlawanan yang meletakkan beliau selaku pemegang rekod pemain Eropah yang mengumpul kaps paling banyak sepanjang zaman akan berakhir dengan indah.

Namun sebaliknya yang berlaku apabila beliau gagal menyempurnakan dua sepakan penalti ketika pasukannya hanya mencatat keputusan seri 1-1 dengan Switzerland dalam saingan Liga Negara-Negara Eropah (UNL) pada Sabtu.

Keputusan tersebut menyaksikan kedudukan Sepanyol selaku pendahulu kumpulan telah dipintas Jerman yang menang 3-1 ke atas Ukraine, sementara Switzerland pula tersingkir daripada pusingan seterusnya.

Selepas lima perlawanan, Jerman kini mendahului dengan sembilan mata sementara Sepanyol pula satu mata di belakang dan kedua-dua pasukan bakal membuat perhitungan pada 18 November ini untuk menentukan pasukan mana yang bakal ke pusingan empat terakhir bagi kumpulan A.

Ramos sebelum ini telah menjaringkan 25 gol menerusi sepakan penalti bersama Sepanyol namun Yann Sommer cemerlang menafikan percubaan Ramos pada minit ke-58 untuk mengekalkan gol pendahuluan Switzerland pada separuh masa pertama menerusi Remo Frueler.

Skuad bimbingan Luis Enrique itu sekali lagi dianugerahkan sepakan penalti oleh pengadil pada minit ke-79 selepas pertahanan Switzerlang Nico Elvadi dibuang padang selepas menerima kad kuning kedua.

Bagaimanapun Sommer gagal diperdayakan Ramos yang cuba membuat sepakan panenka dan mudah menangkap bola yang membuatkan Sepanyol mencatat rekod kali pertama gagal menyempurnakan dua sepakan penalti dalam satu perlawanan.

Gol penyamaan Sepanyol akhirnya hadir seminit sebelum tamat masa sebenar perlawanan apabila pemain gantian Gerrard Moreno menyudahkan hantaran Sergio Reguilon.

Luis Enrique yang ditemui selepas perlawanan mengatakan pasukannya sepatutnya berhak menang dalam perlawanan ini, namun dalam bola sepak setiap pasukan perlu bersedia dengan apa sahaja kemungkinan.

“Bola sepak memang begini, ia sukan yang hebat tetapi kadang-kala kita akan mendapat keputusan yang dianggap tidak adil,” ujarnya.

“Kami mungkin kekurangan kreativiti tetapi saya rasa kami telah bermain dengan baik walaupun kami tidak dapat melakukan perkara yang paling sukar iaitu menjaringkan gol.”

Saksikan sorotan perlawanan antara Sepanyol dan Switzerland di sini:

 

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah:

Sancho: Spekulasi Ke Manchester United Bukan Punca Prestasi Menurun

Bekas Fisioterapis England Jelaskan Punca Peningkatan Kecederaan Pemain EPL Musim Ini

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN