Anda tidak membaca tajuk berita yang salah. Switzerland bangkit daripada ketinggalan 2 gol dengan membelasah pasukan yang kini berada di ranking nombor 1 dunia – Belgium – dengan jaringan 5-2.
Tanpa Lukaku, Belgium tetap menurunkan kesebelasan yang kuat dalam aksi terakhir kumpulan A2 – Liga Negara-Negara Eropah. Roberto Martinez memilih untuk menggunakan sistem bek bertiga dalam perlawanan ini.
🚨 HAZARD BROTHERS ALERT! 🚨
Eden and Thorgan both start for Belgium in the Nations League at Switzerland 🇧🇪 pic.twitter.com/lpkbFO2Yci
— GOAL (@goal) November 18, 2018
Thorgan Hazard meletakkan Belgium 2 gol di hadapan dengan gol pada minit ke-2 dan minit ke-17.
Switzerland ternyata memulakan perlawanan ini dengan sangat teruk. Gol pertama Thorgan Hazard adalah kerana kesilapan pertahanan mereka yang menghantar bola lemah kepada rakannya.
Pada minit ke-26, Ricardo Rodriguez menghidupkan semula persaingan dengan gol menerusi sepakan penalti.
Selepas itu bermulalah aksi luar biasa oleh Seferovic. Seferovic menjaringkan 2 gol sebelum rehat separuh masa pertama untuk meletakkan Switzerland mendahului Belgium 3-2. Shaqiri mencipta gol ke-3 Switzerland dengan menanduk bola kepada Seferovic.
Seterusnya Seferovic menerima hantaran daripada Edimilson Fernandes daripada situasi serangan balas.
Masuk ke saingan separuh masa kedua, Nico Elvedi menanduk masuk gol ke-4 Switzerland pada minit ke-62 selepas menerima hantaran lintang Xherdan Shaqiri.
Anak-anak buah Roberto Martinez terus bergelut untuk mencari gol selaku pasukan pilihan utama daripada kumpulan A2 yang turut menempatkan Iceland.
Pada minit ke-84, Seferovic menjaringkan hatrik beliau dalam perlawanan ini. Ianya berpunca daripada backheel oleh Shaqiri kepada Mbabu yang terus menghantar kepada Seferovic – pemain itu menyudahkannya dengan tandukan yang sangat baik.
Shaqiri, that is pure filth, what a pass, what a player. pic.twitter.com/48xz1QUjEu
— Matthew 💀 (@Matthew2023LFC) November 18, 2018
Switzerland menang bergaya 5-2 mengatasi Belgium.
https://twitter.com/zi_53/status/1064273817609089024
Sebagai rekod, Seferovic hanya menjaringkan 4 gol untuk Benfica musim ini. Beliau telah menjadi hero yang tak disangka-sangka. Aksi pemain Liverpool – Xherdan Shaqiri juga wajar diberikan pujian dengan 2 bantuan gol dan beberapa cetusan ancaman bahaya.
Xherdan Shaqiri vs Belgium (5-2)
87% passing
4 chances created – most for Switzerland
2 assists
6/6 dribbles – most on the pitch
2 interceptionsUnstoppable right now 🔥🔥🔥 pic.twitter.com/ArQFDwqK0e
— LFC Stats (@LFCData) November 18, 2018
Para penyokong Belgium kelihatan tergamam dengan kebangkitan yang dianggap mustahil ini. Sebagai rekod, kali terakhir Belgium tewas di tangan Switzerland dalam saingan kompetitif adalah pada 1989.
Dengan kemenangan ini, Switzerland mara ke pusingan seterusnya dalam kempen UNL melepasi cabaran Belgium dengan perbezaan jaringan. Kedua-dua pasukan terikat 9 mata.