Pemain tengah Chelsea, N’Golo Kante menjaringkan gol kemenangan untuk Perancis menewaskan juara bertahan Portugal dalam saingan Liga Negara-Negara Eropah (UNL) dan sekaligus menempah slot ke pusingan akhir.
Gol Kante dari jarak dekat tersebut juga merupakan gol keduanya di peringkat antarabangsa sejak 2016 dan sekaligus mengakhiri rekod lima perlawanan tanpa bolos Portugal.
Kemenangan tersebut meletakkan Perancis mendahului kumpulan A3 dengan 13 mata selepas lima perlawanan, tiga mata mengatasi Portugal dan rekod pertemuan kedua-dua pasukan memberi kelebihan kepada Perancis untuk terus menyingkirkan Portugal.
France have sealed a place in the Nations League Finals 🙌
That means Portugal cannot advance and there will be a new name on the trophy next year 🏆 pic.twitter.com/KHRrEzznmB
— GOAL (@goal) November 14, 2020
Kapten Portugal Cristiano Ronaldo terlebih dahulu menguji kecekapan Hugo Lloris pada awal permainan dengan percubaan jarak jauh yang berjaya ditepis oleh penjaga gol Tottenham Hotspur tersebut.
Penyerang Manchester United, Anthony Martial kemudian gagal menyempurkan tiga peluang pada babak pertama bermula dengan percubaan hasil lorongan Antoine Griezmann yang berjaya diselamatkan Rui Patricio pada minit ke-12 diikuti oleh tandukannya yang terkena palang pada minit ke-29.
Percubaan Martial hasil hantaran lintang Lucas Hernandez pada minit ke-40 sekali lagi diselamatkan Patricio dan seminit sebelum rehat tandukan Ronaldo sekadar melewati palang gol.
Kante akhirnya memecah kebuntuan tujuh minit selepas perlawanan bersambung dengan mudah menolak masuk bola muntah hasil percubaan Adrian Rabiot.
N'Golo Kanté's game by numbers for France vs. Portugal:
100% shot-conversion
100% aerials won
89 touches
88% passing accuracy
5 tackles won (most)
4 interceptions (most)
2 take-ons completed (=most)
1 clearance
1 chance created
1 shot
1 goalA match-winning performance. ⚽️ pic.twitter.com/KLq6jlFjUm
— Squawka (@Squawka) November 14, 2020
Portugal turut beroleh beberapa peluang untuk menyamakan kedudukan termasuk tandukan Jose Fonte yang terkena tiang, namun kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan.
“Saya tidak tahu apa yang tidak kena pada separuh masa pertama, ia tidak berjalan seperti yang saya harapkan, tetapi saya mengambil tanggungjawab di atas kekalahan ini,” kata Jurulatih Portugal Fernando Santos selepas perlawanan.
“Kami bermain lebih baik pada babak kedua, tetapi dengan melepaskan gol itu ia telah mengganggu rentak permainan kami walaupun mendapat tiga atau empat peluang untuk menyamakan kedudukan.”
Saksikan sorotan perlawanan di antara Perancis dan Portugal di sini:
Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah:
UNL: Sergio Ramos Catat Rekod Baharu, Tetapi Gagal Sempurnakan 2 Penalti
Sancho: Spekulasi Ke Manchester United Bukan Punca Prestasi Menurun
Perlawanan Persahabatan: Rekod Tanpa Kalah Perancis Lebur Di Tangan Finland