UNL: England Terkandas Di Peringkat Kumpulan Selepas Dibenam Belgium

Belgium England UNL

Dua gol awal dari Youri Tielemans dan Dries Mertens cukup untuk menoktahkan kemenangan 2-0 Belgium ke atas England dalam saingan Liga Negara-Negara Eropah (UNL) bagi mengukuhkan kedudukan mereka selaku penduhulu kumpulan A2.

Keputusan tersebut sekaligus menyaksikan skuad Three Lions gagal mara ke pusingan akhir selepas ketinggalan lima mata dengan pasukan ranking pertama dunia itu dengan hanya satu perlawanan sahaja berbaki.

Tieleman meletakkan pasukan tuan rumah di depan seawal minit ke-10 apabila hantaran Eric Dier yang kurang kemas berjaya dipintas oleh Jan Vertonghen sebelum pemain Leicester City tersebut membuat rembatan dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol Jordan Pickford.

Seminit kemudian, kapten England Harry Kane hampir menyamakan kedudukan namun tandukannya berjaya dikeluarkan oleh Romelu Lukaku yang bersedia di atas garisan gol ketika penjaga gol Thibaut Courtois sudah pun tertewas.

England yang mendominasi penguasaan bola turut beroleh satu lagi peluang daripada Jack Grealish yang menerima hantaran lintang rendah Kieran Trippier, namun turut berjaya dihadang oleh Alderweireld.

Mertens kemudian melebarkan kelebihan Belgium dengan jaringan menerusi sepakan percuma pada minit ke-23 untuk meletakkan pasukannya selesa mendahului dengan dua gol.

Skuad kendalian Roberto Martinez kini perlu memastikan pasukannya tidak tewas dalam perlawanan terakhir berdepan Denmark dalam perlawanan terakhir mereka pada Rabu ini untuk mengesahkan kedudukan mereka selaku juara kumpulan.

Dalam sidang media selepas perlawanan, Martinez mengakui dua gol awal tersebut berjaya memastikan anak buahnya menyerap tekanan untuk memastikan gawang mereka terus kebal daripada dibolosi walaupun England jelas menguasai perlawanan.

Percaturan Gareth Southgate untuk bermain dengan formasi tanpa pemain sayap nampaknya tidak berhasil untuk mendapatkan gol dan jelas ketiadaan Raheem Sterling dan Marcus Rashford menjadikan barisan serangan kurang kreativiti.

Kane menjelaskan pasukannya kurang bernasib baik walaupun lebih banyak mendominasi sepanjang perlawanan, namun beliau tetap positif dan percaya barisan pemain muda England akan mengambil pengajaran daripada kekalahan tersebut.

Ianya merupakan kekalahan ke-10 buat Gareth Southgate daripada 48 perlawanan sejak beliau mengendalikan skuad England.

Saksikan sorotan perlawanan di antara Belgium dan England di sini:

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah:

Pemain San Marino Sebak Selepas Seri Buat Kali Kedua Berturut-Turut

Barcelona Buru Pertahanan Tengah Kos Rendah, Rudiger Jadi Pilihan

Bekas Fisioterapis England Jelaskan Punca Peningkatan Kecederaan Pemain EPL Musim Ini

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN