UNL: Belanda Tewaskan Perancis Dan Singkirkan Jerman Di Pusingan Awal

Jerman mengharapkan Perancis untuk menang ke atas Belanda – bagi menghidupkan cabaran mereka dalam Uefa Nations League (UNL) – saingan kumpulan liga A – kumpulan 1.

Namun Belanda berjaya menewaskan Juara Dunia 2018 – Perancis – dengan kemenangan 2-0. Sekaligus keputusan ini membuatkan Jerman tersingkir awal daripada UNL.

Dalam perlawanan yang berlangsung di De Kuip – Belanda menjaringkan 1 gol di setiap babak. Gol pertama menerusi Georginio Wijnaldum pada minit ke-44. Beliau melakukan tindakan susulan selepas percubaan Babel ditepis Lloris.

Manakala gol kedua adalah menerusi penalti pada masa kecederaan separuh masa kedua oleh Memphis Depay yang sekaligus menutup peluang Perancis untuk menyamakan kedudukan.

Belanda jelas pasukan yang lebih baik dalam perlawanan ini. Mereka menguasai 59% perlawanan dengan melakukan 18 percubaan ke arah gol – 11 daripadanya adalah tepat. Perancis hanya mampu melakukan 7 percubaan ke arah gol dan hanya 2 pecubaan tepat.

Skuad Didier Deschamps hanya memerlukan seri untuk mengesahkan status mereka sebagai juara kumpulan. Namun sayangnya segalanya serba tak menjadi.

Belanda kini memerlukan seri di Jerman untuk memastikan mereka menduduki tangga teratas kumpulan. Pemenang dalam setiap kumpulan akan diberikan slot automatik ke pusingan penentuan (play-off) Euro 2020 – jika mereka gagal untuk mara dalam kelayakan pada tahun hadapan.

Perancis masih boleh menjuarai Liga A- Kumpulan 1, dengan syarat; Jerman menang ke atas Belanda.

Penyokong Belanda pastinya gembira dengan perkembangan positif dalam kem The Oranje selepas diambil alih Ronald Koeman. Mereka awalnya diletakkan sebagai pasukan pilihan ke-3 dalam kumpulan ini.

Namun begitu mereka ternyata membuktikan kebangkitan mereka. Sebelum ini mereka menewaskan Jerman 3-0. Mereka kemudian terikat 1-1 ketika menentang sebuah lagi pasukan cemerlang di Piala Dunia lalu iaitu Belgium.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN