Quantcast

BERITA

UNL: Belanda Diundi Lawan England, Portugal Nanti Switzerland Di Separuh Akhir

England telah diundi berhadapan dengan Belanda di peringkat separuh akhir UEFA Nations League yang dianjurkan buat pertama kali pada musim ini.

Satu lagi saingan separuh akhir menyaksikan Portugal akan berhadapan dengan Switzerland.

(Photo by Paul FAITH / AFP) (Photo credit should read PAUL FAITH/AFP/Getty Images)

Jadual perlawanan

Perlawanan membabitkan England dan Belanda akan diadakan di Guimares, Portugal pada 6 Jun 2019.

Pertemuan menentang Belanda yang akan berlangsung di Estadio D Afonso Henriques – akan menjadi perlawanan kompetitif pertama menemukan kedua-dua pasukan sejak Belanda tewas 4-1 kepada England di Euro 96.

Manakala pasukan tuan rumah, Portugal akan menanti Switzerland di arena milik Porto, Estadio do Dragao pada 5 Jun 2018.

Perlawanan akhir UEFA Nations League edisi sulung ini akan dilangsungkan pada 9 Jun akan datang.

(Photo credit should read PAUL FAITH/AFP/Getty Images)

Separuh akhir kedua buat England

Buat pengurus England, Gareth Southgate, beliau menyatakan perasaan gembira dengan prospek England beraksi di dalam dua separuh akhir kejohanan antarabangsa – sejak mengendalikan skuad The Three Lions.

“Saya terujua dan menanti untuk perlawanan tersebut diadakan. Ia adalah separuh akhir kali kedua buat pasukan ini,” ujar pengurus berusia 48 tahun itu.

Juara UEFA Nations League akan menerima hadiah sebanyak £6.7 juta. Manakala tempat keempat akan menerima sebanyak £4 juta.

Ini adalah separuh akhir kali kedua untuk England selepas anak buah Gareth Southgate turut mara ke peringkat yang sama di kejohanan Piala Dunia pada musim panas lalu.

(Photo credit should read PAUL FAITH/AFP/Getty Images)

Bagaimana merek layak?

England mara ke separuh akhir pertandingan selepas menafikan cabaran Croatia dan Speanyol, sebelum muncul juara Kumpulan A4.

“Kami berhadapan dengan skuad Belanda yang seperti kami – berada di peringkat pembangunan, dengan ramai pemain muda membarisi kedua-dua pasukan. Anda juga boleh melihat impak yang dilakukan oleh Roland [Koeman] bersama Belanda,” ujar Soutgate.

Belanda mara ke separuh akhir selepas berjaya menjaringkan gol penyamaan di minit akhir di Jerman dalam perlawanan peringkat kumpulan.

(Photo by Niall Carson/PA Images via Getty Images)

Belanda muncul juara Kumpulan A1 – menafikan Jerman dan juara dunia, Perancis di dalam proses untuk mara.

Manakala Swizerland pula muncul juara kumpulan selepas rekod head-to-head yang lebih baik ketika berhadapan Belgium di Kumpulan A2.

Juara eropah, Portugal mara selaku juara Kumpulan A3 selepas mudah mengetepikan cabaran Itali dan juga Poland.

Pertandingan UEFA Nations League melibatkan 55 negara eropah, dan bermula sejak September lalu. Ia turut memberi peluang kedua buat pasukan layak ke Euro 2020 melalui slot play-off.