5 Sebab Manchester United Konsisten Kekalkan 15 Perlawanan Tanpa Kalah

Mengapa Manchester United konsisten?

Lupakan dahulu angka 6, kerana kali ini kami lebih banyak menggunakan angka 5 sama ada sebagai angka tunggal ataupun sebaliknya.

15 perlawanan liga tanpa kekalahan. Itulah magis yang dijelmakan oleh Jose Mourinho sejak menemui formula berkesan di dalam pasukan.

Ia ditambah dengan 3 lagi musuh utama mereka, Liverpool, Arsenal dan Manchester City yang seakan-akan memberikan peluang diri mereka dikejar.

Hanya 5 mata di belakang pasukan di tangga kedua Tottenham Hotspurs ketika artikel ini ditulis.

Kini mereka hanya dipisahkan 1 mata dengan Liverpool di tangga ke-5, dan 3 mata dari Manchester City di tangga ke-3.

Dan mereka mengutip 45 mata dengan perbezaan jaringan pun 15. Banyak tak 5?

Sayangnya kedudukan tangga ke-6 menyebabkan skuad Jose Mourinho hanya mendapat kredit daripada penyokong mereka sahaja.

Ini adalah 5 sebab kenapa skuad Jose Mourinho mencapai konsistensi.

1. Ibrahimovic

13 gol daripada 15 perlawanan terakhir beliau. Menjadikan beliau cuma gagal sekali sahaja mencecah angka 20 ini sepanjang 17 tahun karier beliau.

Itu berlaku ketika di Inter Milan, 11 tahun yang lalu.

Beliau menjadi pemain United pertama yang menjaringkan 20 gol dalam semua pertandingan selepas Robin Van Persie.

Itu dilakukan Van Persie ketika mereka menjuarai EPL terakhir mereka musim 2012/13.

Di EPL setakat ini, beliau menjaringkan 15 gol dan 3 bantuan gol.

Pada usia 35 tahun dan 125 hari, Zlatan Ibrahimovic menjadi pemain paling tua dalam sejarah EPL menjaringkan 15 gol.

Jadi benarlah dia ibarat wain, semakin tua usianya semakin tinggi nilainya.

Anda kira berapa kali 5 digunakan pada fakta Ibrahimovic?

2. Peranan Wayne Rooney

Mourinho mengambil masa beberapa minggu untuk memberikan kapten ini peluang membuktikan kemampuan beliau.

Selepas dinilai, Mourinho tidak perlu sentimen untuk memikirkan pengaruh atau status gaji seminggu Wayne Rooney.

Itu bukan masalah dia, bukan dia yang memberikan kontrak itu.

Kini jelas, Rooney adalah tambahan untuk depth pasukan. Tambahan yang bernilai dan terlalu bagus dari kerusi simpanan.

3. Positiviti

Lebih positif di dalam perlawanan. Pemain lebih bermentaliti untuk menang. Ini yang paling penting.

Ia berkaitan dengan in-game management dan juga pengaruh ke atas pemain.

Pengurus mampu meningkatkan motivasi pemain ketika di dalam padang atau di luar padang.

Ini antara sebab mereka banyak menjaringkan gol-gol lewat dalam EPL musim ini. Ia bukanlah seperti Fergie Time tetapi ia tetap gol lewat.

Tetapi ia cukup untuk menyelamatkan pasukan ataupun untuk menang.

4. Winnable game

Anda boleh seri atau nampak bodoh untuk bermain bertahan dengan pasukan kuat.

Namun jangan sekali tewas kepada pasukan bawahan /winnable.

Secara matematiknya, lebih banyak mata yang ditawarkan daripada perlawanan winnable.

Maksudnya, mereka perlu fokus kepada winnable game lebih daripada big game.

Big game hanya penting untuk mereka menangi sekiranya ia wajib menang.

Kadangkala, pendekatan mereka yang berhati-hati ini membuatkan mereka ada ruang untuk menyerang balas pihak lawan dan mendapatkan gol.

Method yang beliau gunakan di Chelsea dan Inter Milan sebelum ini.

Tapi dengan prestasi yang ada sekarang rasanya mereka boleh menganggap mana-mana perlawanan adalah winnable.

5. Peranan Michael Carrick

Anda mungkin bertanya, mana Mkhitaryan? Lupakan dulu nama itu, kerana pemain no.6 ini lebih penting.

Jangan kata, no.6 tu nombor jersi. Itu peranan no.6.

Nak tak nak, harus diakui Michael Carrick memainkan peranan yang besar kepada pasukan ini.

Memberitahu bagaimana cara untuk bermain dengan Paul Pogba. Walaupun dia tidak bermain selepas ini, namun corak itu tetap dikekalkan.

Carrick akan melakukan screening di belakang dan memastikan Pogba tidak berlari percuma ke atas.

Carrick akan ‘menyuapkan’ bola kepada pemain ini.

Sejak Mourinho aktif menggunakan Michael Carrick sebagai deep lying playmaker, itulah titik tolak kepada aksi United konsisten.

Ia juga membantu melancarkan taktikal Mourinho. United lebih teratur dan bermain dalam unit.

Beliau berkomunikasi dengan Hererra secara taktikal tanpa perlu menjerit.

Rumusan

Itulah 5 perkara yang menjadikan United konsisten dan lebih kuat daripada awal musim. Ia bukannya mudah. Ia mengambil masa.

Namun yang jelas ia semakin efektif. Dalam 2 atau 3 bulan terakhir ini mereka mungkin pasukan ke-2 terbaik di England selepas Chelsea.

Baca juga: Delegasi FA Negeri Menghadap Sultan Johor, Nyata Sokongan Menjelang Pemilihan Presiden FAM

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN