United Dapatkan Ighalo Secara Pinjaman Dari Kelab China

Mourinho: 'We all know we were the better team' Loading official content
Mourinho: 'We all know we were the better team'
Fenerbahce manager Jose Mourinho reflects on his sides Europa League defeat to Rangers after the Turkish giants lost on penalties, with Mourinho stating that the best side lost.
0 seconds of 1 minute, 16 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea
01:23
00:00
01:16
01:16
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Mourinho: 'We are not at a disadvantage despite losing 3-1 to Rangers' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Courtois: 'I'm tired of teams crying about refereeing decisions' Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Rodri returns to the training pitch Pitchside Angle: Kei Hirose scores a decisive goal at Dewa United Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Minamino scores again for Monaco in draw against Toulouse Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Manchester United telah mendapatkan bekas penyerang Watford, Odion Ighalo dari kelab China, Shanghai Shenhua secara pinjaman sehingga penghujung musim ini.

Perjanjian untuk membawa penyerang Nigeria itu ke Old Trafford tiada pilihan untuk pembelian secara tetap.

Ighalo dilaporkan masih berada di China tetapi dijangka akan diterbangkan ke UK dalam beberapa hari lagi. Beliau telah menjaringkan 39 gol untuk Watford pada 2014 sehingga 2017.

Pemain berusia 30 tahun itu kemudian berpindah ke Liga Super China (CSL) dengan menyertai Changshun Yatai selama dua musim sebelum mengikat kontrak bersama Shanghai Shenhua dan telah menjaringkan 10 gol dalam 19 perlawanan.

Prestasinya untuk pasukan negara telah menarik perhatian banyak kelab selepas baru-baru ini muncul sebagai penjaring terbanyak pusingan kelayakan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) dengan tujuh gol dan kemudian menjaringkan lima lagi gol dalam pusingan akhir kejuaraan tersebut pada musim panas lepas.

Difahamkan terdapat beberapa kelab Liga Perdana Inggeris sudah menunjukkan minat kepada Ighalo tetapi beliau akhirnya memilih untuk beraksi untuk The Red Devils yang merupakan pasukan idamannya sejak kecil.

Ighalo merupakan pemain pertama yang dipinjamkan ke skuad utama selepas kali terakhir adalah Radamel Falcao dari Monaco pada 2014.

Pada Jumaat, United menamatkan minatnya kepada penyerang Bournemouth, Josh King, tetapi berjaya mendapatkan penjaga gol Southend United, Nathan Bishop dengan nilai perpindahan yang tidak didedahkan.

Penyertaan Ighalo itu dikatakan tidak menepati polisi kelab yang sebelum ini menyasarkan untuk mendapatkan pemain untuk jangka masa panjang seperti Bruno Fernandes yang sudah melengkapkan perpindahan ke Old Trafford pada Khamis lepas.

Bagaimanapun, Ighalo dipercayai menjadi perancangan ‘terdesak’ Ole Gunnar Solskjaer yang sudah pun kehilangan Marcus Rashford yang sedang mengalami kecederaan belakang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN