unifi Taja Liga Super, Piala Malaysia dan Piala FA 8 Tahun Sehingga Tahun 2025

Telekom Malaysia Berhad (TM) dan Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) hari ini secara rasminya mengumumkan kolaborasinya bagi menaja Liga Malaysia.

Penajaan ini akan diwakili oleh unifi, jenama Konvergens utama di bawah TM, sebagai penaja bagi Liga Super, Piala Malaysia dan penaja bersama bagi Piala FA bermula pada tahun ini sehingga tahun 2025.

Perjanjian selama lapan (8) tahun ini membuktikan sokongan berterusan TM terhadap pembangunan bola sepak tempatan dan menaikkan mutu sukan di negara ini.

Dengan penajaan ini, liga kini dikenali sebagai ‘unifi Liga Super Malaysia’ dan piala tersebut dinamakan sebagai ‘unifi Piala Malaysia’.

Mengulas mengenai kerjasama ini, Dato’ Sri Shazalli Ramly, Pengarah Urusan / Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, berkata:

“Kami amat teruja untuk meneruskan kerjasama dengan pihak FMLLP dalam membangunkan sukan bola sepak tempatan dan membawa lebih banyak detik menarik dalam liga bola sepak negara, yang kini dikenali sebagai ‘unifi Liga Super Malaysia’ kepada lebih ramai rakyat Malaysia.”

“Seluruh peminat bola sepak di Malaysia kini boleh menonton setiap perlawanan dalam liga ini dan menyaksikan pasukan kegemaran mereka beraksi, kerana KESEMUA perlawanan akan disiarkan secara LANGSUNG melalui unifi TV dan menerusi kesemua skrin yang boleh diakses menerusi aplikasi unifi PlayTV.”

“Dengan kerjasama ini, unifi kini merupakaan satu-satunya jenama yang menawarkan detik aksi bola sepak secara ‘LANGSUNG’ dalam Definisi Tinggi Sepenuhnya di skrin peranti di rumah dan di mana-mana sahaja menerusi aplikasi unifi PlayTV di mana anda boleh menontonnya di peranti tablet atau mudah alih pada bila–bila masa dan di mana-mana sahaja.”

“Ini merupakan satu lagi tawaran terbaharu daripada unifi di antara pelbagai tawaran pengalaman pertama seperti Permainan Interaktif secara langsung pertama dii Malaysia iaitu Teka Tekan, dan produk pembebasan mudah alih pertama, unifi mobile, yang telah dilancarkan baru-baru ini apabila kami telah memperkenalkan wajah dan penawaran terbaharu unifi.”

Jadi, nantinya pelbagai lagi penawaran pertama yang akan diumumkan tidak lama lagi!” tambah beliau.

Dengan termeterainya perjanjian ini, unifi akan menyatukan seluruh peminat sukan bola sepak tempatan melalui penyediaan akses menerusi unifi home, unifi mobile dan unifi wifi, bagi membolehkan tontonan kesemua perlawanan di unifi TV dan unifi PlayTV (kini tersedia di AppStore dan PlayStore).

Lebih penting lagi, ini bermakna unifi kini merupakan satu- satunya platform terbesar yang menayangkan setiap perlawanan bola sepak dan program- program khas lain melangkaui kesemua Pay TV, Free-To-Air (FTA), Over-the-Top (OTT) dan mudah alih, memberikan pengalaman penumpuan yang holistik.

Sebagai rakan kongsi siaran, unifi TV akan menayangkan kesemua acara dan perlawaan, termasuklah Piala Sumbangsih, Liga Super Malaysia, Piala Malaysia, Piala FA serta siaran bersyarat bagi perlawanan Liga Perdana, Challenge Cup dan perlawanan-perlawanan lain yang dianjurkan oleh pihak FMLLP.

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia dan Pengerusi Football Malaysia LLP, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim mengulas, “Saya amat berbesar hati dengan termeterainya perjanjian kerjasama ini, di mana ia merupakan yang terbesar dalam sejarah sukan di Malaysia, ini adalah bukti keyakinan TM terhadap sukan bola sepak dan liga Malaysia merupakan pemacu komersial dan perpaduan utama di negara ini.”

Ketua Pegawai Eksekutif Football Malaysia LLP, Kevin Ramalingam mengulas, “Komitmen jangka panjang TM ini merupakan satu gambaran yang mencerminkan nilai dan kemampuan Liga bola sepak Malaysia. Mereka sentiasa menjadi penyokong kuat sukan bola sepak Malaysia secara amnya. Kami amat berterima kasih kepada unifi, jenama yang akan mengemudi dan menyatukan seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama menyokong pasukan kegemaran masing-masing”.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN