Unifi Mungkin Bukan Lagi Penaja Utama Liga Malaysia Mulai Tahun Depan

Saingan Liga Malaysia musim depan kemungkinan akan berlangsung tanpa tajaan daripad syarikat telekomunikasi tempatan, Unifi, yang difahamkan akan menarik diri daripada menjadi penaja utama.

Syarikat telekomunikasi itu telah memeterai perjanjian 10 tahun dengan Malaysia Football League (MFL) bermula 2018. Penajaan ini dikatakan bernilai RM80 juta dengan RM8 juta setiap tahun yang merangkumi hak penyiaran televisyen dan internet.

Namun menurut laporan daripada Stadium Astro hari ini, terdapat ura-ura Syarikat Telekomunikasi tersebut akan menarik diri  walaupun mereka baru sahaja menandatangani perjanjian selama 10 tahun itu.

Mengulas mengenai perkara itu, Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) merangkap Ahli Lembaga Pengarah MFL, Datuk Wira Yusoff Mahadi, menjelaskan keputusan tersebut akan diketahui dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah MFL tidak lama lagi.

“Segalanya masih kabur mengenai perkara itu.

“Sebagai ahli lembaga pengarah, saya masih belum mendapat sebarang maklumat memandangkan Mesyuarat Lembaga Pengarah masih belum dijalankan.

“Mungkin terdapat perbincangan yang dijalankan, namun ia di luar pengetahuan saya setakat ini,” katanya.

Menurut Yusoff, MFL perlu mencari pengganti yang lebih baik jika Unifi disahkan menarik diri daripada menaja Liga Malaysia.

“MFL perlu melakukan sesuatu bagi mencari pengganti kepada Unifi atau mencari dana tambahan,” tambahnya.

Sumber: FMLLP, Facebook

Sejak dibawah tajaan Unifi, liga kini dikenali sebagai ‘unifi Liga Super Malaysia’ dan piala tersebut dinamakan sebagai ‘unifi Piala Malaysia’.

Musim ini, unifi bertindak menyatukan seluruh peminat sukan bola sepak tempatan melalui penyediaan akses menerusi unifi home, unifi mobile dan unifi wifi, bagi membolehkan tontonan kesemua perlawanan di unifi TV dan unifi PlayTV.

Mereka juga merupakan satu- satunya platform terbesar yang menayangkan setiap perlawanan bola sepak dan program- program khas lain melangkaui kesemua Pay TV, Free-To-Air (FTA), Over-the-Top (OTT) dan mudah alih, memberikan pengalaman penumpuan yang holistik.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN