unifi Liga Super 2018: Jaringan Tunggal Keo Sokpheng Bantu PKNP FC Tundukkan Negeri Sembilan

PKNP FC

Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) berjaya mencatatkan kemenangan pada penampilan sulung kelab tersebut dalam saingan unifi Liga Super Malaysia 2018 selepas menundukkan Negeri Sembilan 1-0 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang petang tadi.

Separuh masa pertama

Skuad bimbingan Abu Bakar Fadzim menampilkan corak permainan yang lebih baik berbanding Negeri Sembilan dengan beberapa percubaan yang menguji Ahmad Syihan Hazmi di gawang pelawat.

Dua pemain import PKNP FC, Keo Sokpheng dan Franklin Clovis Anzite memainkan peranan penting dalam merencana asakan yang dijelmakan ke kubu Negeri Sembilan.

Umpanan jarak jauh yang menarik dari Franklin Anzite terus singgah di kaki Mohamad Hafiz Ramdan, namun percubaan dilakukan Hafiz berjaya ditangkap kemas Ahmad Syihan.

Seorang lagi pemain import PKNP FC, Yeon Gisung turut berpeluang untuk menghasilkan jaringan pada babak pertama.

Beliau yang berjaya merampas bola daripada kaki pertahanan lawan sekadar meledakkan rembatan tersasar di sebelah kanan pintu gol Negeri Sembilan.

Negeri Sembilan yang masih tercari-cari rentak terus ditekan oleh tuan rumah dengan dua percubaan daripada Sokpheng.

Percubaan pertama bintang Kemboja ini menjelma pada minit ke-39 berpunca daripada larian deras ke dalam kotak penalti dari Hafiz Ramdan berjaya dikeluarkan pertahanan Negeri Sembilan.

Sokpheng yang tidak dikawal melakukan percubaan susulan yang dihalang oleh Ahmad Syihan dengan menggunakan kedua-dua lututnya.

Sokpheng kemudiannya melakukan rembatan pada minit akhir sebelum rehat menerusi sepakan percuma yang hanya sedikit melewati palang gol untuk kedudukan tanpa jaringan kekal hingga tamat babak pertama.

Separuh masa kedua

Babak kedua bersambung dengan PKNP berterusan mengasak dan mereka tidak menunggu lama bagi menghasilkan jaringan tunggal sekaligus gol kemenangan buat kelab dari Perak itu.

Gol tersebut berpunca daripada lorongan cantik dari Yeon Gisung yang terus mencari Keo Sokpheng yang berjaya melepasi perangkap ofsaid untuk jaringan pada minit ke-49.

Jaringan tersebut terus menyemarakkan semangat para pemain PKNP FC untuk terus memburu jaringan. Ledakan Fadhil Idris dari luar kotak penalti pada minit ke-74 hanya singgah di palang gol.

Negeri Sembilan yang berusaha untuk menyamakan kedudukan terlepas 2 percubaan terbaik mereka pada masa kecederan.

Dua percubaan masing-masing satu dari Nicolas Leandro Velez dan Flavio Beck Junior dinafikan oleh tiang gol ketika penjaga gol PKNP FC, Syazani Mat Puat sudah pun tertewas.

Foto: PKNP FC

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN