Undian UCL 2018/19: Saingan PSG, Liverpool & Napoli Bakal Curi Tumpuan

undian

Undian lengkap bagi saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) 2018/19 sudah pun diketahui dengan saingan kumpulan C dilihat sebagai antara kumpulan maut bagi edisi musim baharu ini.

Kumpulan C menyaksikan Paris Saint-Germain (PSG), SS Napoli dan finalis musim lalu, Liverpool diletakkan dalam kumpulan yang sama.

Peluang yang cukup seimbang buat tiga kelab besar bola sepak Eropah ini untuk mengintai peluang mara lebih jauh kali ini.

Keputusan undian di kumpulan B juga tidak kurang menariknya apabila gergasi Sepanyol, Barcelona bakal bersaing bersama-sama Tottenham Hotspur, PSV dan Inter Milan bagi merebut dua slot ke pusingan 16 terbaik.

Sementara itu, Cristiano Ronaldo pula akan kembali ke Old Trafford setelah Juventus dan Manchester United diundi bersama dalam kumpulan G.

Dua lagi pasukan yang akan memberikan saingan adalah wakil Sepanyol dan Switzerland iaitu Valencia dan Young Boys.

Berikut adalah keputusan undian pada majlis yang berlangsung di Grimaldi Forum, Monaco:

Kumpulan A: Atletico Madrid, Borussia Dortmund, AS Monaco, Club Brugge​
Kumpulan B: Barcelona, Tottenham, PSV, Inter Milan
Kumpulan C: PSG, Napoli, Liverpool, Red Star Belgrade
Kumpulan E: Bayern Munich, Benfica, Ajax, AEK Athens
Kumpulan F: Manchester City, Shakhtar Donetsk, Lyon, Hoffenheim​
Kumpulan G: Real Madrid, AS Roma, CSKA Moscow, Viktoria Plzen
Kumpulan H: Juventus, Manchester United, Valencia, Young Boys

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN