Undian Semula Bola Sepak Sukan Asia, UAE Ganti Tempat Iraq

Emiriah Arab Bersatu (UAE) bakal berhadapan dengan China, Timor Leste dan Syria dalam Kumpulan C di saingan Sukan Asia 2018.

Ini adalah perubahan kedua yang terpaksa dilakukan oleh pihak penganjur selepas Iraq menarik diri penyertaan mereka.

Kali pertama undian semula dilakukan ialah disebabkan kesilapan teknikal yang tertinggal Palestin dan UAE, walaupun kedua-dua negara sudah mengesahkan penyertaan.

Undian asal dilakukan pada awal Julai yang lalu.

Undian semula pada hari ini yang diadakan di ibu pejabat AFC hanya tertumpu untuk menentukan pasukan manakah yang bakal menggantikan Iraq di Kumpulan C mengambil tempat pada petang tadi.

Keputusan Iraq untuk menarik diri pada Khamis lalu menyebabkan kompilasi kepada penganjuran pertandingan, selepas Kumpulan C hanya memiliki tiga kumpulan.

Manakala dua lagi kumpulan selepas undian semula pertama membabitkan UAE dan Palestin mengandungi sehingga lima pasukan.

Selepas selesai undian pada kali ini, hanya Kumpulan A memiliki lima pasukan bertanding, iaitu tuan rumah Indonesia, Hong Kong, Laos, Taiwan dan Palestin.

Manakala Malaysia yang berada di dalam Kumpulan E kini berada bersama tiga lagi negara peserta asal iaitu Korea Selatan, Republik Kyrgyz dan Bahrain.

Pertandingan bola sepak di Sukan Asia Jakarta-Palembang akan bermula pada 10 Ogos hadapan. Dan ia adalah platform untuk pemain berusia 23 tahun ke bawah, walaupun setiap pasukan dibenarkan membawa tiga pemain yang mempunyai had umur berlebihan.

Perlawanan akhir pula dijadualkan akan berlangsung pada 1 September.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN