Quantcast

BERITA

Undian Pusingan Kelayakan Shopee Piala FA 2019: JBFA & MD Besut Dapat ‘Bye’

Dua pasukan dari Liga M3 dan M4, JBFA FC (Johor) dan MD Besut FC (Terengganu) ‘melangkah kanan’ ketika sesi undian pusingan kelayakan Shopee Piala FA 2019 selepas berjaya mendapat ‘bye’ untuk terus layak ke pusingan pertama.

Majlis sesi undian tersebut yang berlangsung di Kelab Golf Seri Selangor, Kota Damansara itu turut menyaksikan dua pasukan amatur yang bertanding pada edisi 2018 menerima nasib berbeza di pusingan kelayakan nanti. PIB FC (Selangor) yang tewas 0-3 kepada Shahzan Muda FC di Stadium Temerloh pada tahun lepas menerima undian melegakan – bertemu Ampang United FC.

Southern FC (Selangor) yang melakar kejutan menumbangkan Selangor United 1-0 pada pusingan pertama Piala FA tahun lepas sebelum tewas 0-7 kepada Melaka United di pusingan kedua, bakal berdepan tugas berat menentang pasukan Liga M3, Kelantan United.

Penyerang Southern FC, Sharul Afif memerhatikan rembatan beliau menerjah gol ketika menentang Selangor United dalam pusingan pertama Shopee Piala FA 2018. (Kredit: FMLLP)

Juara Selangor Champions League 2018 dan peserta Liga M3, Puchong Fuerza FC (Selangor) pula bakal menentang pasukan Liga M4 dari Kuala Lumpur, Tun Razak City FC.

Kampung Raja Uda FC (Selangor) yang tewas 0-3 kepada Puchong Fuerza dalam perlawanan akhir Selangor Champions League 2018 pula akan melayan kunjungan pasukan dari Port Dickson, MPPD FC.

Antara perlawanan menarik lain di pusingan kelayakan ini adalah 2 pertemuan yang melibatkan 4 pasukan amatur yang popular. Shah Alam Antlers (Selangor) bakal melayan kunjungan Real Chukai FC (Terengganu) sementara itu Klasiko FC (Selangor) bakal berjalan jauh ke halaman Raja Permin FC (Terengganu).

Pusingan kelayakan Shopee Piala FA 2019 dijangka akan bermula pada 16 dan 17 Februari 2019. Setiap pasukan yang menang pusingan kelayakan ini akan layak ke pusingan pertama. Pasukan Liga Premier dan Liga Super akan menunggu pemenang-pemenang pusingan pertama ini di pusingan kedua.

Semua Perlawanan Shopee Piala FA 2019 dan termasuklah Perlawanan Akhir diadakan secara kalah Mati, kecuali perlawanan Suku Akhir dan Separuh Akhir yang akan diadakan secara timbal balik (Kalah Mati 2 Pusingan) seperti yang ditetapkan oleh MFL.

Proses undian akan ditetapkan oleh MFL pada Sabtu ini menyaksikan undian bagi Pusingan Kelayakan secara terbuka melibatkan 38 Pasukan iaitu, 14 Pasukan Liga M3 dan 24 Pasukan Liga M4.

Senarai pasukan yang akan bertanding bagi pusingan kelayakan Shopee Piala FA Malaysia 2019 musim ini adalah seperti berikut:

Liga M3:
1) Glory United FC
2) Kelantan United FC
3) Penjara FC
4) Protap FC
5) SAMB FC
6) DDM FC
7) Tun Razak FC
8) Puchong Fuerza FC
9) BTK FC
10) Kuching FA
11) JBFA
12) Ultimate FC
13) Armed Forces FC
14) Batu 2 FC

Liga M4:
1) Ampang United FC
2) MD Besut
3) FC Pemanis
4) Isma FC
5) Jerantut FA
6) Kampung Raja Uda (KRU FC)
7) Kingstown Klang FC
8) Klasiko FC
9) Mofah FC
10) Raja Permin FC
11) Real Chukai FC
12) Shah Alam Antlers
13) Southern FC
14) Rawang City FC
15) MPKJ FC
16) PIB FC
17) Kuatagh FC
18) Newbies FC
19) Blastier Galicia FC
20) SA United FC
21) XBBSB FC
22) KSR Sains
23) Markless ST
24) MPPD FC

Berikut merupakan keputusan penuh undian pusingan kelayakan Shopee Piala FA 2019: