Empat pasukan yang telah mengesahkan tempat di peringkat separuh akhir Piala FA telah pun diundi dengan Manchester United dijadualkan bertemu Chelsea sementara Arsenal pula akan berdepan penyandang juara, Mancherster City.
Manchester United terpaksa bekerja keras untuk mara ke separuh akhir selepas menewaskan Norwich 2-1 yang menyaksikan perlawanan terpaksa diheret sehingga masa tambahan.
Harry Maguire muncul wira pasukan dengan jaringan gol kemenangan hanya dua minit sebelum pengadil meniup wisel penamat. Satu gol lagi disumbangkan oleh Odion Ighalo sementara gol Norwich City pula dijaringkan oleh Todd Cantwell.
Chelsea pula mencapai kemenangan tipis 1-0 ke atas Leicester City pada Sabtu hasil jaringan Ross Barkley pada separuh masa kedua.
Congratulations, @ChelseaFC 👏
— Emirates FA Cup (@EmiratesFACup) June 28, 2020
See you in the #EmiratesFACup semi-final! pic.twitter.com/eOj5enqM4q
Gol Dani Ceballos pada masa kecedaraan pula membolehkan Arsenal mengatasi Sheffeild United dengan keputusan 2-1 dalam satu lagi pertembungan di suku akhir.
Dalam perlawanan yang berlangsung di Bramall Lane itu, The Gunners mendahului menerusi sepakan penalti Nicolas Pepe pada minit ke-25 sebelum David McGoldrick menyamakan kedudukan pada minit ke-87.
Lawan Arsenal di separuh akhir, Manchester City pula meneruskan kemaraan di saingan Piala FA selepas menewaskan Newcastle United 2-0 pada awal pagi tadi hasil jaringan Kevin De Bruyne dan Raheem Sterling.
The #EmiratesFACup holders are through to the 2019-20 semi-final 🙌
— Emirates FA Cup (@EmiratesFACup) June 28, 2020
Congratulations, @ManCity! pic.twitter.com/84afYuq3WL
Perlawanan separuh akhir telah dijadualkan pada 18 dan 19 Julai ini sementara perlawanan akhir pula akan diadakan di Wembley dan semuanaya tetap akan berlangsung tanpa kehadiran penyokong di stadium.
Kredit Foto: Getty Images