Undian Piala Asia: Kumpulan Apakah Paling Ideal Untuk Malaysia?

Piala Asia 2023

Hari yang dinantikan telah pun tiba, jam 7 malam ini waktu Malaysia kita akan ketahui nasib Harimau Malaya bagi saingan Piala Asia 2023 apabila undian peringkat kumpulan diadakan.

Selepas sekian lamanya tidak beraksi secara merit, Malaysia kembali ke saingan tertinggi Asia dengan skuad Kim Pan-gon diharap dapat memberikan saingan bermakna kepada setiap lawan yang ditempuh.

Kali ini, Malaysia berpotensi berdepan gergasi-gergasi Asia seperti Jepun, Korea Selatan dan juga Iran. Tetapi, apakah jenis kumpulan yang ideal untuk Malaysia?

Artikel ringkas ini akan membincangkan mengenai situasi yang ideal untuk Harimau Malaya.

Nak masyhur atau mudah?

Sebelum kita bermula, ingin penulis ingatkan semula yang Malaysia diundi dalam Balang 4 atau Pot 4 bersama-sama dengan India, Tajikistan, Thailand, Hong Kong dan Indonesia.

Ini bermakna, kita tidak akan diundi bersama-sama negara yang disebut tadi dan hanya akan bertemu di peringkat kalah mati jika berjaya layak.

Persoalannya kini, Malaysia ada dua jalan boleh diharungi ketika peringkat kumpulan iaitu jalan kemasyhuran atau jalan mudah.

Jalan kemasyhuran adalah dimana Malaysia diundi dengan pasukan-pasukan handalan yang penuh dengan pemain-pemain terkenal.

Sebagai contoh, Malaysia diundi bersama-sama Jepun, China dan juga Vietnam.

Di atas kertas, Malaysia mempunyai peluang yang tipis jika diundi di dalam kumpulan ini namun jumlah tumpuan yang akan diterima pemain Harimau Malaya akan tinggi.

Ianya akan menjadi idaman untuk melihat Dion Cools berdepan dengan Ritsu Doan selama 90 minit dan ramai lagi pemain-pemain handalan Asia tetapi kita harus menerima yang kekalahan hampir pasti bersama-sama Malaysia.

Jika berjaya seri atau menang, ianya akan menggegarkan satu negara dan Asia seperti yang Malaysia lakukan ke atas Korea Selatan di Sukan Asia sebelum ini.

Akan tetapi, jika Malaysia memperoleh jalan mudah, lain pula ceritanya.

Peluang untuk mara itu lebih tinggi, mungkin bukanlah sebagai juara atau naib juara tetapi sebagai pasukan tempat ketiga terbaik.

Ini juga akan meningkatkan peluang Malaysia untuk memenangi salah satu daripada tiga perlawanan peringkat kumpulan.

Sebagai contoh, jalan mudah yang boleh mungkin diperoleh Malaysia adalah diundi bersama-sama Qatar, Jordan dan Kyrgyzstan.

Negara-negara yang diundi sebegini bukanlah mayshur tetapi boleh memberi peluang kepada Malaysia untuk sekurang-kurangnya memberi impak kepada Piala Asia ini.

Pada hemat penulis, lebih elok jika Malaysia diundi dalam kumpulan sebegini kerana ianya berpotensi membuatkan Harimau Malaya kekal lebih lama di Qatar.

Takkan nak main sampai peringkat kumpulan je? Kalau boleh biarlah lepas ke pusingan kalah mati, barulah kita ada satu kempen Piala Asia yang boleh diingati.

Tetapi ada satu lagi jalan yang boleh diharungi Harimau Malaya iaitu redah saja sesiapa pun yang datang.

Ini boleh digambarkan apabila Malaysia diundi dengan pasukan kuat dan pasukan setara dalam satu kumpulan. Sebagai contoh, Korea Selatan, Iraq dan Lubnan.

Pada pandangan penulis, sukalah hati untuk melihat wira Harimau Malaya kita berdepan dengan Jepun, Oman dan Vietnam.

Vietnam ni bukan apa, sebab kita ada benda yang tak selesai dengan mereka. Yang tahu je tahu.

Anda pula macam mana? Nak Malaysia lalu jalan masyhur atau jalan mudah?

GAMBAR: Shah Amirul untuk Semuanya BOLA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN