Undian Piala AFF 2018: Tan Cheng Hoe Tetap Anggap Malaysia Berada Dalam Kumpulan “Maut”

Majlis undian kejohanan Piala AFF edisi ke-12 di Jakarta, Indonesia semalam menyaksikan skuad Harimau Malaya diundi bersama juara 2008 Vietnam, Myanmar, Kemboja dan Laos dalam Kumpulan A.

Manakala juara bertahan, Thailand berada dalam kumpulan B bersama Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei atau Timor Leste.

Piala AFF

Format saingan kali ini berbeza apabila pihak penganjur menggunakan format dua aksi di tempat sendiri dan dua aksi tempat lawan bagi saingan awal.

Mengikut jadual perlawanan, tugas sukar menanti skuad kendalian Tan Cheng Hoe apabila akan dijadualkan menentang Vietnam di tempat lawan.

Skuad Harimau Malaya bakal membuka kempen bertemu Kemboja pada 8 November diikuti aksi menentang Laos pada 12 November, kemudian pertemuan dengan Vietnam pada 16 November dan bakal mengakhiri saingan peringkat kumpulan menentang Myanmar pada 24 November.

Sekiranya Malaysia layak ke separuh akhir, perlawanan dijadualkan berlangsung secara timbal balik pada 1 hingga 6 Disember. Menanti pasukan negara jika layak adalah juara atau naib juara dari Kumpulan B. Aksi Final pula dijadualkan pada 11 dan 15 Disember.

Jadual perlawanan kumpulan A Piala AFF 2018.

Mengulas mengenai keputusan undian tersebut, Cheng Hoe berkata kepada Berita Harian, menganggap kumpulan A tetap maut dan tidak mahu pasukannya mengambil mudah pada cabaran mana-mana pasukan.

“Ramai yang menyatakan bahawa peluang kita cerah kali ini kerana tidak diundi dalam kumpulan maut, tapi ini cuma di atas kertas.

“Kita tak boleh memandang mudah mana-mana pasukan. Saya percaya Vietnam adalah pasukan pilihan, malah Myanmar juga sudah layak ke separuh akhir sebelum ini.

“Begitu juga Laos dan Kemboja, mereka juga boleh berikan saingan. Pada saya Kemboja boleh jadi pasukan ‘pengacau’ dalam kumpulan ini juga. Kerana mereka ada pemain yang beraksi di Malaysia,” katanya.

Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe menjalani latihan rasmi di Stadium Nasional Bukit Jalil bulan lalu. FOTO: FAM

Cheng Hoe yang mengambil alih tugas selaku ketua jurulatih daripada Nello Vingada tahun lepas, mahu memastikan persiapan pasukan kali ini lebih lancar dan lebih bersedia dari segi fizikal dan mental.

“Kita akan bertemu Laos dan Myanmar di tempat sendiri manakala aksi melawan Vietnam dan Kemboja di tempat lawan, saya harap pemain akan bersedia dari segi mental dan fizikal kerana kita akan menempuh perjalanan keluar selepas bermain di tempat sendiri.

“Persiapan rapi akan dilakukan dan saya berharap sekurang-kurangnya akan ada tiga perlawanan persahabatan sebelum Piala AFF bermula,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN