UEL: Arsenal Dan Chelsea Dapat Undian Mudah, Penyokong Ingatkan Kelab Kutip 18 Mata

Semalam telah berlangsungnya acara undian peringkat kumpulan Liga Europa musim ini. Format seperti sebelum ini iaitu 12 kumpulan dengan 4 pasukan per kumpulan masih dikekalkan.

UEFA masih mengekalkan peraturan pengasingan pasukan yang sama liga domestik dalam peringkat ini. Badan induk bola sepak Eropah itu juga masih tidak membenarkan pasukan dari Rusia diundi bersama pasukan dari Ukraine.

Tumpuan ramai

Penyokong Arsenal dan Chelsea merasakan tiada alasan 2 pasukan ini tidak mengutip mata penuh daripada peringkat kumpulan.

Penyokong Chelsea menaruh keyakinan, pasukan B-18 tahun Chelsea pun akan lepas kumpulan ini.

Chelsea, juara musim 2012/13 diundi bersama kelab Greece, PAOK dalam Kumpulan L. Selain itu, wakil dari Hungary, BATE Borisov dan Vidi (Hungary) turut diletakkan dalam kumpulan tersebut.

Chelsea akan memulakan kempen musim ini dengan menentang PAOK pada 20 September.

Arsenal bakal berhadapan Sporting Lisbon (Portugal), Qarabag (Azerbaijan) dan Vorskla Poltava (Ukraine) dalam aksi Kumpulan E.

Arsenal akan menjadi hos perlawanan pertama pada 20 September apabila mereka melayani kunjungan Vorskla Poltava.

Nasib berbeza?

Trofi kejohanan yang dipamerkan semasa sesi undian semalam. (Photo by Valery HACHE / AFP) (Photo credit should read VALERY HACHE/AFP/Getty Images)

Naib juara musim lalu, Marseille diletakkan bersama Lazio (Itali), Eintracht Frankfurt (Jerman) dan Apollon (Cyprus). Keempat-empat pasukan itu diletakkan dalam Kumpulan H.

Tumpuan juga terarah kepada AC Milan. Pasukan itu diundi dalam Kumpulan F yang menyaksikan Olympiacos (Greece), Real Betis (Sepanyol) dan Dudelange (Luxembourg).

Juara 5 kali dan juga juara terbanyak kejohanan ini, Sevilla telah diletakkan dalam Kumpulan J. Ahli lain kumpulan J ialah Krasnodar (Rusia), Standard Liege (Belgium) dan Akhisar (Turki).

Sekilas fakta menarik

Rangers antara kelab yang melepas fasa kelayakan yang agak mencabar.(Photo by Ian MacNicol/Getty Images)

Apollon Limassol, København, Rangers dan Sarpsborg merupakan 4 kelab yang mara ke peringkat kumpulan setelah memulakan kempen daripada pusingan kelayakan pertama.

Dudelange menjadi kelab pertama Luxembourg yang membuat penampilan sulung peringkat kumpulan untuk kejohanan ini. Kelab lain yang membuat penampilan sulung ialah Akhisar Belediyespor, Jablonec, Spartak Trnava dan Sarpsborg 08.

Debut RB Leipzig dalam kejohanan ini menjadikan mereka kelab ke-17 dari Jerman yang pernah beraksi di kancah Liga Europa.

Undian penuh

Berikut merupakan undian penuh yang diadakan pada semalam:

Kumpulan A: Bayer Leverkusen (Jerman), Ludogorets (Bulgaria), Zürich (Switzerland), AEK Larnaca (Cyprus).
Kumpulan B: Salzburg (Austria), Celtic (Scotland), RB Leipzig (Jerman), Rosenborg (Norway).
Kumpulan C: Zenit (Rusia), København (Denmark), Bordeaux (Perancis), Slavia Praha (Czech).
Kumpulan D: Anderlecht (Belgium), Fenerbahçe (Turki), Dinamo Zagreb (Croatia), Spartak Trnava (Slovakia).
Kumpulan E: Arsenal (England), Sporting CP (Portugal), Qarabağ (Azerbaijan), Vorskla Poltava (Ukraine).
Kumpulan F: Olympiacos (Greece), AC Milan (Itali), Real Betis (Sepanyol), Dudelange (Luxembourg).
Kumpulan G: Villarreal (Sepanyol), Rapid Wien (Austria), Spartak Moskva (Rusia), Rangers (Scotland).
Kumpulan H: Lazio (Itali), Marseille (Perancis), Eintracht Frankfurt (Jerman), Apollon (Cyprus).
Kumpulan I: Beşiktaş (Turki), Genk (Belgium), Malmö (Sweden), Sarpsborg (Norway).
Kumpulan J: Sevilla (Sepanyol), Krasnodar (Rusia), Standard Liège (Belgium), Akhisar Belediyespor (Turki).
Group K: Dynamo Kyiv (Ukraine), Astana (Kazakhstan), Rennes (Perancis), Jablonec (Czech).
Group L: Chelsea (England), PAOK (Greece), BATE Borisov (Belarus), Vidi (Hungary).

Pasukan pilihan mana akan dinobatkan menjadi juara? Atau adakah akan ada pasukan selain dari Sepanyol, Itali mahu pun England yang memenangi kejohanan ini?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN