Kelayakan Piala Asia: Korea Utara, Hong Kong dan Lubnan Tentangan Kita!

Kelayakan Piala Asia 2019 pusingan ketiga baru sahaja dilakukan sebentar tadi 2019. Undian diadakan di Emiriah Arab Bersatu. Undian disiarkan secara langsung oleh saluran Youtube rasmi AFC.

Undian Penuh

Kumpulan A – Kyrgyzstan, India, Myanmar, Macau
Kumpulan B – Korea Utara, Hong Kong, Lubnan, Malaysia
Kumpulan C – Jordan, Vietnam, Afghanistan, Kemboja
Kumpulan D – Oman, Palestin, Maldives, Bhutan
Kumpulan E – Bahrain, Turkmenistan, Chinese Taipei, Singapura
Kumpulan F – Filipina, Tajikistan, Yaman, Nepal

Format Perlawanan

Perlawanan kelayakan piala asia diadakan dalam pusingan timbal balik. Setiap pasukan bakal mengharungi enam perlawanan. Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan mara ke pusingan akhir Piala Asia 2019 di Emiriah Arab Bersatu.

Logo Kejohanan

Pengelola Piala Asia 2019 juga sempat memperlihatkan logo kejohanan untuk edisi kali ini. Warna pada bendera Emiriah Arab Bersatu dan seni geometrik Arab-Islam digunakan dalam logo ini.

Format Undian

Memandangkan Malaysia diletakkan di balang 4 bersama 5 pasukan lain, mereka diundi terlebih dahulu. Kemudiannya disusuli balang 3, 2 dan 1.

Perlawanan Bakal Dihadapi

Malaysia akan ke Korea Utara (atau negara lain) pada perlawanan pertama Kumpulan B pada 28 Mac ini. Ada kemungkinan perlawanan tersebut diadakan di negara lain.

Kemudiannya Malaysia akan menentang Lubnan pada 13 Jun di laman sendiri.

Seterusnya, pada 5 September, Harimau Malaysia akan menjadi hos kepada Hong Kong. Hong Kong pula akan melayani kunjungan Malaysia pada 10 Oktober.

Perlawanan kelima menyaksikan Korea Utara akan berkunjung ke Malaysia pada 14 November. Manakala perlawanan terakhir kumpulan B ini diadakan pada 27 Mac 2018 di antara Lubnan menentang Malaysia.

Kesimpulan

Memandangkan Malaysia menghadapi 3 perlawanan kelas A, wajarlah diadakan di mana-mana stadium pelusuk negara yang sesuai. Takkanlah seringkali diadakan di kawasan Lembah Klang sahaja!

Seterusnya, seluruh penyokong Harimau Malaysia pastinya tidak mahu skrip yang sama berulang dalam kelayakan kali ini. Datuk Ong Kim Swee harus menyediakan pasukan yang terbaik.

Liga Super sudah bermula, jadi ia mekanisme terbaik untuk melakukan pemilihan yang lebih baik.

Harapan kami cuma satu, meskipun jaraknya jauh lagi, Malaysia mesti layak ke UAE pada 2019!

Baca juga: TMJ Tercalon Sebagai Presiden FAM Yang Baharu, Ditentang 2 Calon Lain

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN