Undian AFC B-19: Tugas Sukar Menanti Skuad Bojan Hodak

Keputusan Majlis undian kejohanan AFC Bawah 19 Tahun (AFC B-19) yang berlangsung di Indonesia semalam menyaksikan skuad negara diundi dalam kumpulan D bersama bekas juara 2 kali, Arab Saudi dan juara 1985, China, serta Tajikistan.

Kejohanan ini dijadualkan berlangsung pada 18 Oktober hingga 4 November di Indonesia.

Keputusan penuh undian Kejohanan AFC B-19.

Tuan rumah, Indonesia diundi dalam Kumpulan A bersama Emiriah Arab Bersatu (UAE), Qatar dan Taiwan sementara juara bertahan, Jepun akan berdepan Iraq, Thailand dan Korea Utara dalam saingan Kumpulan B.

Saingan Kumpulan C pula menyaksikan Vietnam, Vietnam, Korea Selatan, Australia dan Jordan akan berentap sekali gus melengkapkan kesemua 16 pasukan yang menyertai edisi ini.

Skuad kendalian Bojan Hodak itu akan membuka kempen bertemu Arab Saudi pada 20 Oktober nanti di Stadium Patriot, diikuti aksi menentang Tajikistan pada 23 Oktober juga di Stadium yang sama dan bertemu China pada 26 Oktober di Stadium Pakansari.

Sekiranya Malaysia layak ke suku akhir, perlawanan dijadualkan berlangsung pada 29 Oktober untuk bertemu juara atau naib juara dari Kumpulan C. Aksi separuh akhir dan final pula dijadualkan pada 1 dan 4 November.

Antara barisan pemain skuad Malaysia B-19 yang menyertai Kejohanan Piala Sanix di Jepun bulan lalu.

Kali terakhir Malaysia mengambil bahagian dalam kejohanan ini adalah pada edisi 2006 di India ketika kejohanan ini masih dikenali sebagai Kejohanan Remaja AFC.

Ketika itu, Malaysia terkandas di peringkat kumpulan apabila mengalami tiga kekalahan – 1-2 kepada Vietnam, 0-2 kepada Arab Saudi dan 0-3 kepada Iraq.

Pencapaian terbaik Malaysia adalah muncul naib juara dalam tiga edisi iaitu pada tahun 1959, 1960 dan 1968.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN