Unai Emery Yakin Para Pemainnya Mampu Hadapi Masalah Kecederaan Pemain Di Jentera Pertahanan

Arsenal

Menjelang perlawanan ke-17 saingan Liga Perdana Inggeris bertemu Southampton di St Mary’s Stadium, pengendali Arsenal, Unai Emery sudah pasti runsing memikirkan masalah di jentera pertahanan pasukannya.

Emery kehilangan khidmat Sokratis Papastathopoulos yang digantung satu perlawanan kerana mengutip lima kad kuning.

Beliau turut terpaksa melupakan Shkodran Mustafi yang kini dalam proses pemulihan kecederaan hamstring yang dialami serta Rob Holding berehat panjang akibat kecederaan lutut.

Namun begitu, bagi Emery, beliau tetap yakin dengan keupayaan pemain lain bagi menggalas tanggungjawab dalam usaha mengekang asakan yang bakal diberikan bahagian serangan tuan rumah.

London, UK, 13 December, 2018 Mahir Madatov of Qarabag FK under pressure from Laurent Koscielny of Arsenal during Europa League Group E between Arsenal and of Qarabag FK at Emirates stadium , London, England on 13 Dec 2018. (Photo by Action Foto Sport/NurPhoto via Getty Images)

”Kami tidak mempunyai (Shkodran) Mustafi, (Rob) Holding atau Sokratis (Papastathopoulos) tetapi saya percaya kepada para pemain saya, saya merasakan kami boleh menggunakan pemain lain untuk diletakkan sebagai pertahanan tengah.”

”Saya sudah mempunyai satu idea di minda tetapi perlu untuk bekerja dalam sesi latihan dan mengetahui bagaimana mereka akan pulih secara fizikal, untuk berkemungkinan beraksi pada Ahad nanti.”

”Saya merasakan setiap pemain pada ketika ini berada dalam keadaan baik untuk membantu kami dalam kedudukan yang kami perlukan.”

Dalam perkembangan lain, Emery dapat menarik nafas lega selepas ketua pasukan, Laurent Koscielny dan Mesut Ozil sudah kembali beraksi apabila diturunkan pada pertembungan Liga Europa bertemu Qarabag FK tempoh hari.

Aaron Ramsey juga dilaporkan oleh doktor pasukan bahawa beliau sudah pulih dari kecederaan buku lali dan mampu untuk beraksi pada perlawanan Ahad ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN