Quantcast

BERITA

Unai Emery Tidak Faham Kenapa Ramai Kritik Mustafi

Pengurus Arsenal, Unai Emery berpendapat kritikan ke atas Shkodran Mustafi adalah tidak adil. Ini kerana ianya secara tak langsung telah mengkritik antara pemain – yang disifatkan Unai Emery – konsisten dalam pasukan mereka sepanjang musim ini.

Mustafi bermain teruk ketika aksi menentang Crystal Palace. Kesilapan beliau juga membuatkan Wilfred Zaha mendapat gol ke-2 untuk Palace.

Arsenal tewas 2-3 di Emirates dan menjadikan pasukan itu menempah laluan berliku untuk merebut 4 teratas. Sekaligus melepaskan peluang untuk memintas Spurs di tangga ke-3 dan menjarakkan diri daripada Chelsea dan Manchester United.

Unai Emery mengakui beliau mendengar ramai mengkritik Mustafi terutama sekali para penyokong Arsenal. Sehingga ada menganggap Mustafi sebagai liabiliti dan tidak cukup bagus untuk bermain untuk Arsenal.

Bercakap kepada Sky Sports, Unai Emery merasakan sesiapa sahaja akan bermasalah berhadapan dengan Zaha dan Benteke.

Emery berkata: “Kami akan sentiasa membantu para pemain kami untuk meningkatkan prestasi mereka. Hari ini Mustafi berhadapan tugas getir mengawal Benteke; dan Zaha boleh memberikan kamu lebih penderitaan.”

“Pada pendapat saya, beliau telah konsisten sepanjang musim ini.”

Mustafi telah menyertai Arsenal dengan yuran perpindahan £36 juta dari Valencia pada 2016. Beliau sudah bermain 109 perlawanan untuk The Gunners.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!