Unai Emery Tak Salahkan Pengadil Sebagai Punca Arsenal Seri

Pengurus Arsenal, Unai Emery enggan menjadikan kiritikan terhadap pengadil perlawanan, Anthony Taylor sebagai punca kepada keputusan seri 1-1 antara Arsenal dengan Tottenham Hotspur dalam aksi derby London Liga Perdana Inggeris di Wembley, semalam.

Harry Kane mengikat kedudukan 1-1 selepas menyempurnakan sepakan penalti setelah penyerang tersebut dikasari pertahanan Arsenal Shkodran Mustafi.

https://twitter.com/DammitArsene/status/1101859565027520512

Bagaimanapun ulang tayang video menyaksikan Kane terlebih dahulu di kedudukan ofsaid ketika Christian Eriksen membuat sepakan bebas.

Arsenal juga berpeluang untuk mencatat kemenangan selepas menerusi sepakan penalti selepas Pierre-Emerick Aubameyang dijatuhkan oleh Davinson Sanchez pada penghujung perlawanan.

Bagaimanapun penyerang gantian tersebut gagal menyempurnakan peluang keemasan tersebut apabila sepakannya mudah dibaca Hugo Lloris.

“Kami mengharunginya dengan baik, hari ini kompetitif dan kami berjaya menyesuaikan prestasi.

“Ia menuntut banyak perubahan, bagi kami ia bagus. Bukan hasilnya kerana kami boleh menang, tetapi kami boleh menjadi lebih kuat menerusi mentaliti kami selepas perlawanan ini berlangsung.

“Bulan lalu, saya kata kepada semua, VAR (video bantuan pengadil) akan datang sebab ia akan memudahkan pengadil. Anda boleh menganalisis menerusi video dan ia mudah digunakan. Namun ia tidak boleh digunakan sekarang.

“Mungkin aksi hari ini lain daripada situasi tersebut, tetapi saya faham ia amat sukar. Pengadil merupakan personaliti yang besar. Amat sukar untuk menyeimbangkan dua pasukan. Bagaimanapun saya sukakan pengadil ini.” kata Emery

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN